Saturday, January 31, 2009

keratan akhbar ( 29 Januari 2009 )

ayuh kita tatap akhbar ini:::

Hospital Melaka mesra pesakit

SAYA ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pengarah Hospital Melaka dan kakitangannya di atas perkhidmatan cemerlang. Saya menerima layanan baik ketika mendapatkan rawatan di Wad Kecemasan di Hospital Besar Melaka kerana komplikasi saluran darah tersumbat di kepala.

Walaupun wad kecemasan terlalu sibuk dan hampir semua katil penuh dengan pesakit, layanan tetap baik. Selepas pemeriksaan doktor saya terus dihantar untuk melakukan ‘CT-Scan’. Malah pada waktu Maghrib mereka membantu menguruskan saya mengambil wuduk untuk solat.

Sepanjang rawatan selama tiga hari dua malam di hospital itu, saya terharu diberi layanan istimewa dan khidmat cemerlang walaupun dalam kesibukan serta semua katil penuh, mereka melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan bersungguh-sungguh.



BAHARUDIN HUSIN,
Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi Selandar Melaka.

2 comments:

R A I H A N said...

cekgu baha
we neeed youu..

:DDDD

Najwanis in da' house said...

hahah rehan kita same rr!!