Tuesday, December 28, 2010

sayang sekolah tak ?

salam . hello kawan kawan . school's gonna start in a week . less than a week actually . and this would be my last time saying those words . our last time . kali terakhir untuk kita cakap frasa , KEMBALI KE SEKOLAH . and that is why aku rasa , eloklah kalau kita semua ambil feel sekolah semula . hehe . kawan kawan , kalau orang kutuk kutuk hak korang , barang korang , family korang , aweks aweks korang ke , korang marah tak ? kalau aku , haruslah terbakar rasanya . kawan kawan , sedar tak , sbpi selandar tu sekolah kita . hak kita . aku cukup lah bengang kalau ada orang cuba buruk kan sekolah kita . tapi kadang kadang aku rasa kita ada sedikit silap jugak . tahu apa ? KITA SENDIRI BURUKKAN SEKOLAH SENDIRI . kita bukak pekung kat dada . kita cakap kat orang  sekolah kita buruk . orang lain pulak bukan tahu pasal sekolah kita , terus bawak cerita sampai ke mana mana entah . lepas tu kita cakap orang burukkan sekolah kita pulak , padahal bendanya datang dari kita . aku tahu , ramai antara kita ada je rasa tak puas hati dengan sekolah tu haa , tapi next time aku rasa , jangan sampai hal tu orang luar pun tahu laa . kalau ada problem , jumpa dengan ketua ketua kita ke . luahkan kat diorang or something . kalau tak nak pun , simpan lah elok elok . cerita kat Allah , he's listening for sure . 24/7 . SPM bukan main main ye . hmm , pernah tak korang terfikir untuk actually nama sekolah kita duduknya satu level dengan sekolah sekolah top yang lain ? aku tak nak lah sebut nama sekolah apa , tapi kita semua tahu kot kan ? aku tahu , SPM ni kira dah perang kita bersendirian . tapi victory is much sweeter when it is shared . kalau ramai ramai naik , lagi best kan ? at least , we can prove all that bad talks about us wrong . cakap memang senang . that is why , aku mintak untuk semua ahli sbpis' batch 0711 untuk sama sama saling bantu membantu dalam hal akademik . hal lain aku takmau campur , tapi be professional jom . personal stuff letak tepi sekejap . please . please . please . kawan kawan . jom !

Friday, November 26, 2010

Tugasan Cuti Sekolah

BAHASA MELAYU
1. Baca sampai HABIS novel Sutera Dalam Lukisan.
2. Buat kajian teks novel di atas, lengkap, sinopsis hingga pengajaran. Tugasan hendaklah disiapkan dengan TULISAN TANGAN.
3. Markah akan diambil kira semasa penilaian naik cuti tingkatan 5 naik sekolah nanti.

ENGLISH
1. Read through the WHOLE novel.

p/s-I can't recall the second task, so, anybody who does, do drop your comment or inform me.

ADD MATHS
1. FINISH the copy of the previous exams.

BIOLOGY
1. Finish the MODULE. The module is to be handed over to former Bio teachers of each class. Class monitors do take note.

PHYSICS
1. Correction of the F4 2010 SBP Diagnostic Paper 1,2 and 3.

SPECIAL TASK
A Research and Development (R&D) project for every students. Projects are to be done in groups but results are to be presented and documented individually. As for the category division of the task;

       Scientific  -  Pure Science Stream
       Descriptive  -  Religious Science Stream
       Innovasion  -  Technical Science Stream

The accomplishment of this project would earn each individual to attend and be graduated during the Majlis Graduasi SBP Integrasi Selandar 2011.  So, shall you feel like not to put on the robe and get your certs/ijazah/something, do ignore this task then. 

Wednesday, November 24, 2010

WHERE ARE WE?

hey there peeps, assalamuaikum.
today Im updating this blog,
so check this out ! up there,
our diagnostic 2010 ranking among SbP.
pen off~ wakaka

Friday, November 19, 2010

batch name :)

hello peeps. ni first post aku kat blog form nih. so ke'nervous'an bersamaku. haha.

ok2. tujuan aku punya post senang saja. macam title kate, 'BATCH NAME'. aku rasa batch kita patut ada nama. kalau hanya sevenelevenbatch, semua batch form five 2011 gunakan ini sebagai pengenalan mereka.

jadi, aku rasa kepada mereka yang ada cadangan tentang nama batch bolehlah letkkan cadangan korang sebagai komen. lagi banyak lagi bagus. dan kalau boleh, bagi explaination kenapa korang nak nama tu. benda ni macam pertandingan jugalah. nanti kita sama-sama decide mana paling best.

p.s. kalau ada nama, nanti dekat tshirt form, boleh letak. nampak coolio. tak gitu? :)

Thursday, November 04, 2010

PANTUN/PUNTUN 4 KERAT

Rumah kata pergi,
Kubur kata mari,
Dressing dan perangai macam orang tak ingat nak mati,
Jangan la maki orang sesuka hati.

Pantun by- NorAdibah Luawi

Sunday, October 24, 2010

Ketua Dorm Aspuri 2010/11

Haai kawan kawan, inilah wajah wajah ketua dorm aspuri, BADZUYA, HANISAH, SYAFIQAH ROSLI (tiada dalam gambar)


KETUA PENGAWAS ASPURI: ANIS NAJWA
KETUA ASPURI: NURIN NADZLAH

aspuri mempunyai organisasi dan biro2 yang tertentu bagi mencapai matlamat asrama gemilang 2011.

Sunday, October 03, 2010

tanggungjawab

hurm, ttbe rase terpanggil nk tulis kat blog f0rm niek.
rasenye nie fes post aku kat sini kan? haa. act, taj0k uh aku pilih sbb skang nie sume sedia maklum yang ramai antare kiter da p0wn pegang mcm2 jawatan kan?hurm,turn kiter lak t0k conduct SBPIS uh. tak kurang yg pegang jawatan PENGERUSI, N.PENGERUSI,SETIAUSAHA,BENDAHARI and so on laa.
s0, tugas kiter skang makin berat ditambah lagi dgn tanggungjawab kiter yg pertama iaitu BELAJAR.

bef0re tu nak say congrate la kat KR n PKR setiap uma sukan. m0ge k0wang ley conduct nan bek oke?

TELEKOM
KR- HAFUZA HARITH
PKR- AINATUL MARDHIAH

MODENAS
KR- NAZMI YAHAYA
PKR- NOR SAHIDAH

PROTON
KR- FAHMI OMAR
PKR-AIREEN ZURIANI

PETRONAS
KR- AMIR NAQUIDIN
PKR- ANIS FARAHIN

erm. jawatan KR nan PKR sume kiter da taw,skang nie kiter tgh tunggu result MT jerk. tataw sape yg bakal menggalas tugas sebagai KP n PKP. hope sume berjaye ye

MT-MT
HAZWAN ABD HALEEM
ZULHILMI ROSLAN
SYAFIQ AIMULLAH
AQMAL MASUD
RAZIF MUSTAFA

AIN SYUHADAH
ANIS NAJWA
NOORLIANA
AISYATUN
AMIRAH MAWADDAH

may be the best oke? prove kan yg batch kiter b0leh ! hidop 0711 batch SBPIS! lastly, gudluck diagnostik nie !

salam,pen off//:)

Saturday, October 02, 2010

diognostik.

dengan nama Allah.

diognostik in a way.
this is jadual tentangnya.

minggu first

bahasa melayu.
sejarah.
english.
sejarah.
add maths.

minggu kedua

pendidikan syariah islamiah.
alquran dan assunah.
bahasa arab tinggi.
*ar-razi.ibn sina.alerts.
physics.
mathematics modern.
lukisan kejuruteraan.

minggu ketiga
chemistry.
biology.
teknikal kejuruteraan.


buat yang terbaik.
pstt.
ini bukan main-main.
fight dengan sbp lain.
buktikan kita boleh.
padam sejarah lama yang agak buruk.
cipta sejarah baru.yang warna warni.


doa yang terbaik.usaha yang terbaik.
amin.
sevenelevenbatch.

Thursday, September 16, 2010

homework?

Helo.
Rindunye (:
Kat Blog Form.
Lame i Tak mengarang Tinta.
Btw,cuti raya dah hampir tamat.
So,GuysGirls?
Homework ape cerita?
Masih tertanam di dalam beg?
Atau ada atas meja dan tak bersentuh?
BTW,tu lagi better la kot.
Haha.

Homework yang berlambak.
Cepat-cepat lah Heal.
Otak yang dah Beku.
Cepat-cepat lah cairkan.
041010.
Exam diognostik.
SBP.
Dah bersedia ke?

Sebelum masuk sekolah,
just set mind.
Exam,belajar dan bukan main lagi.
Hahaha.
Nak borak-borak.
Macam kena less.
Nak cerita masalah lah.
Apa-apa lah.
Bytheway,better prepared.
Ngaa~
Full stop.
Thats a kind of advice.
Semoga dihargai.

Wednesday, September 15, 2010

Bila exam just right at the kaki lima,how you feel ?

Hey guys,lama pulak tak singgah blog form,so hari ini,nak post something :)


Okey information bagi mereka yang masih belum celik akal dan fikiran


exam akhir tahun kita jatuh pada 4 OKT 2010


Siapa tak cuak? tolong angkat tangan.Untuk mengingatkan saya juga.Jangan terlalu joyful,berpada pada orang cakap.Hmm cuba anggap exam kali ni,macam PMR memang sumpah semua bangun dan tak  tidur.Jadi pada mereka yang pandai dan geliga,jangan pandai sorang je,kongsi kongsilah ilmu.Sampaikanlah ilmu walaupun satu.Berpesan pesan kepada kebaikan dan kebenaran.Semua kena saling bantu membantu,orang kata jangan hidung tinggi.kan? Exam Bahasa Antarabangsa * I need someone to help :)






Tak perlu kot nak buat pengumuman penyimpan mohor mohor besar nak inform yang dah exam.Cuma kesedaran masing masing tentang betapa dekatnya exam, antara maklumat yang aku dapat tentang exam ni,tapi tak begitu pasti sama ada betul atau tidak,pada siapa siapa yang bercita cita nak fly through the air ,time ni,pihak pihak yang berkenaan akan memancing atau erti kata lain,menge ' cop' pelajar pelajar yang nak melanjutkan pelajaran.Anyway best of luck dearest Batch 0711,May Allah bless and happy exam.!


Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 14, 2010

makan berdulang & baju korporat !




yeah kita bertemu kemmbaliiiiiiii!!!
assalamualaikum kawan2.

pada bulan ramadhan yang lalu jugaa, form 4 form yang paling unitee mengadakan program makan atas dulang dan bacaan yassin bertempat di DEWAN GEMILANG. para pelajar dikehendaki membawa dulang dan tikar bagi menyempurnakan acara. selepas solat maghrib semua pelajar bergerak ke dewan untuk berbuka puasa bersama2, kemudian bacaan yassin diadakan . ini bertujuan agar form 4 batch 2007-2011 sentiasa cemerlang , bersatu dan dilindungi drp maksiaaatttttt.

kemudian, hari jumaat , hari terakhir persekolahan sebelum pulang beraya, para pelajar sbpis begitu gembira memakai baju korporat sekolah. walaupun banyak mendapat komen negatif , mereka tetap bersemangat memakai baju itu.

chao!

program bulan ramadhan 2010

dodol
lemang oh lemang
penyembelih ayam wanita pertama
ayam yang kami sembelih ^^


pada bulan ramadhan yang lepas, sekolah mengadakan banyak program menarik seperti tadarus Alquran, program cinta Al-quran, kacau dodol, bakar lemang, sembelihan ayam dan BBQ. form 4 juga tidak ketinggalan menyertai program2 yang disediakan.

program CAQ , yang di'handle' oleh form 4 yang disertai oleh f1 dan f2 mendapat sambutan yang hangat. acara kemuncak iaitu Explorace merupakan acara yang paling digemari oleh adik2 f1 dan f2. Tahniah diucapkan kepada BADAR f4 dan rakan2 yang memberikan sokongan.

sebelum menyembelih, kami diberikan taklimat tentang penyembelihan, semua pelajar dapat menyembelih ayam dengan jayanya. kemudian , para wanita ditugaskan mencabut bulu2 ayam dan membersihkan ayam2 di belakang DM tercinta.

Saturday, August 14, 2010

.Explorace Form.


.Sekadar hiasan.

Salam.
i don't have much to say here. just- smart la beb pic nih.
Siapekah gambargraphernye? Sila bagitau aku. Aku nak amik dia keje ngan syarikat aku. ;)
Gambargrapher bagi pic nih, sila contact aku as soon as possible! nenongg nenongg

bye!

Wednesday, June 16, 2010

Hari Orientasi di Sekolah Menengah Sains Rembau

  Bismillahirahmanirahim   

    Pada 2 Januari 2010 yang lepas,beberapa orang dari Batch 0711 dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar Melaka telah dipilih pada akhir tahun 2009 untuk menjadi fasilitator untuk pelajar baru Sekolah Menengah Sains Rembau oleh Tuan Haji Baharudin bin Husin.Kami bermalam disana selama 3 hari 2 malam.Kedatangan kami di sambut baik oleh GPK Hem SMS Rembau yang juga bekas guru dari Sekolah Tun Fatimah ,Johor.

         Malam pertama kami disana,setelah selesai solat maghrib (tak ingat!) kami menolong untuk membentangkan tikar dan sejadah di surau Semesra.Selepas itu,kami menolong guru-guru disana untuk mengemas meja dan tenaga pelajar lelaki digunakan untuk mengangkat dan mengalihkan meja dan kerusi.Malam yang cuma diterangi bulan di harungi dengan penuh sabar apabila kami terpaksa bergelap kerana tiada elektrik.Proses mengemas buku juga dilaksanakan oleh kami.Masa yang selebihnya kami habiskan bersama Mak Cik Kantin yang sungguh baik hati bersama makanannya yang murah-murah belaka.Dorm bagi pelajar puteri yang dibuka cuma 2 dorm.Malam itu cuma kami sahaja yang bermalam di situ.Perasaan cuak yang melampau-lampau sampai tidak boleh melelapkan mata juga ada.Tapi kebanyakan dari kami cuma pura-pura tidur.

     Pada esok pagi,seawal jam 7.00 pagi kami sudah menyemak di kantin Semesra dan bersarapan di situ kerana keadaannya yang selesa dan kondusif.Pada pukul 8.00 pagi,pelajar-pelajar baru mula datang dan kami dibahagikan mengikut tempat masing-masing bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.Pelbagai gelagat dan aksi dipertontonkan pada hari itu.Buat pengetahuan semua,pelajar yang mendaftar ini terdiri daripda pelajar tingkatan dua.Sesi pendaftaran diselesaikan di Dewan Semesra pada hari itu juga.Pada malam itu,orientasi bermula.Mereka diarahkan untuk mengambil buku teks masing-masing di sekolah.Penerangan telah dibuat oleh guru yang bertugas disana.Malam itu juga,kami pelajar puteri telah membaca surah Yasin beramai-ramai dan setiap fasi diberi adik-adik angkat.(Saya dapat dorm 6!).Aktiviti tamat.

Pada esok pagi,pelajar-pelajar tingkatan dua itu telah pergi ke sekolah seawal jam 7.00 pagi namun bagi kami,kami pergi menghabiskan masa di kantin Rembau dan lagaknya seperti dah habis sekolah! Seperti biasa pelajar lelaki akan selalu lambat dan kita pun sedia maklum.Namun pada jam 9 pagi kami telah diberi kelas Bahasa Inggeris oleh Madam Hasni bte Abu Bakar.Kelas yang sangat menarik dan beliau dari sekolah menengah sains seremban (SASER).Pada waktu petang,kami bermain bersama pelajar-pelajar.Kami membawa mereka melawati kawasan sekolah yang sangat besar.beberapa kali besar dari sekolah kami.Beberapa program turut dijalankan seperti menyanyi lagu sekolah mereka yang sangat menarik.Antara lirik yang saya ingat.

Kami warga Semesra
Sentiasa bersemangat waja..
Semesra di hatiku sentiasa

Hari terakhir kami disana begitu sedih rasanya ingin pulang semula ke sekolah dan meninggalkan junior kami yang baik dan happening.Terasa begitu sedih berpisah dengan Baba.Buat pengetahuan semua,begitu ramai cikgu yang best-best dari SBPIS berpindah ke SEMESRA.jadi diharapkan jalinan antara dua sekolah ini berjalan dengan baik dan beberapa kolabrasi boleh dibuat di masa hadapan.Sekian terima kasih

Tuesday, June 15, 2010

Jambori Pengakap 1 Belia 1 Malaysia

Alhamdulillah,pada 14-16 Mei yang lalu,pasukan pengakap SBPI SELANDAR telah menyertai Jambori Pengakap yang berlangsung di Wetland,Putrajaya.

Semua negeri mengambil bahagian dan lebih kurang 2000 ahli pengakap berkumpul disana.
Perkhemahan ini telah disertai oleh ahli-ahli pengakap tingkatan 2,4 dan 5.
Antara pelajar tingkatan 4 yang menyertai:

MALE

1) Syafiq Aimullah (ocer)
2)Aqmal Masud
3)Mujahid Azhar
4)Najmi Nordin
5)Fauzi Aiman
6) Muhd Zaki
7)Zulhilmi
8)Muhd Bazli

FEMALE

1)Aireen zuriani bt Ahmad

2)Nor Syahidah bt Abdullah
 
Sepanjang kami berkampung di sana, kami mendapat banyak ilmu pengakap yang berguna seperti kod-kod Scout in the Air dan macam- lagi.Semua ahli pengakap akan menggunakan ilmu tersebut untuk dikongsi bersama dengan ahli pengakap yang lain.

                                                                         Kenangan  (0.o)

UJIAN SCOUT IN THE AIR


Mereka-mereka :)

Cikgu Zamir

Ekiden-RUN :)



suasana *sorry gambar kecil


tiada apa lagi yang mahu ditambah,segala kekurangan harap dapAt dimaafi yee :D

"SEKALI BERPENGAKAP, SELAMANYA BERPENGAKAP"


Monday, June 14, 2010

Hari Anugerah Cemerlang yang Gilang Gemilang (ye ke?)


Salam semua batch 7-11 sbpi Selandar.

di sini lah palajar batch 7-11 menuntut ilmu.yeahh :)



Baru-baru ni sekolah kita, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar telah mengadakan hari anugerah cemerlang 2010.

Tempat : Sbpi Selandar
Tarikh : 24 april 2010 (hari sabtu)
Masa : 8.00 pagi- 2.00 petang

Hari anugerah cemerlang ni sekaligus dengan mesyuarat PIBG.
Ouh, sudah semestinya dihadiri oleh encik Abdul Haleem dan ramai lagi ibu bapa.

Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan duit saku lebih.. :))
Ye, pelajar2 mengadakan jualan mengikut rumah sukan iaitu Petronas, Telekom, Modenas, Proton dan Perodua.

Seramai 46 pelajar batch kita mendapat anugerah ye pada hari tersebut.
Anugerah Cemerlang PMR 2009. Seramai 20 orang pelajar mendapat 9A dan 26 orang mendapat 8A. Ehem, yang satu kantoi tu tak perlu diberitahu.harap maklum.

Untuk makluman anda :)), pelajar yang mendapat 9A telah mendapat wang tunai sebanyak.....
RM100 manakala yang mendapat 8A pula mendapat wang tunai sebanyak RM50.

Antara Pelajar2 yang mendapat 9A:

1.Ahmad Rafiq
2.Ismail Abdul Aziz
3.Aqmal Masud
4.Muhd Shukri
5.Asraf Afifiq
6.Amir Naqiuddin
7.Zulhilmi
8.Shafie Shahar
9.Muhd Hanif
10.Noraini Misman
11.Zaharah Zakaria
12.Saidatul nur Aisyatun
13.Khadijah Nayan
14.Ain Syuhadah
15.Aireen Zuriani
16.NoorLiana
17.Nurul Aqila Mashkuri
18.Hannis Sofea
19.Intan Basyirah
20.Siti Nuraisah

Antara pelajar2 yang mendapat 8A:

1.Mohd Hassani
2. Noor Raihan
3.Nor Adibah
4.Nur Athirah
5.Zainor Danial
6.Siti Noor Aifa
7.Nurfarhanah Athirah
8.Muhammad Hafuza
9.Amirul Aqram
10.Mohamad Hafiza
11.Ahmad Azmeer
12.Muhammad Hazwan
13.Mohd Fahmi
14.Nur Idayu
15.Nur Syamim
16.Nurul Zakiyyah
17.Nur Afiqah Marzuki
18.Mohamad Razif
19.Lukman Al-Hakim
20.Mohamad Fikri Zainal
21.Anis Najwa
22.Ainatul Mardhiah
23.Muhamad Afify
24.Najwan Erfan
25.Muhammad Nazmi
26.Aida Azimah Adnan


yeah, ini saja untuk tatapan korang. Maaf kalau laporan aku ni macam bukan laporan. Aku buat cikai jee. :))

Kepada budak2 yang dapat anugerah tu, sorry la aku tulis nama korang bukan nama penuh. Mati woo aku kalau nak tulis 46 orang tu dengan nama penuh. huhh.

okayy,

Buah cempedak buah durian,
sekian boleh jalan,



http://www.smileycodes.info

Tuesday, June 08, 2010

Kura-kura menyebok

Aku tau, ramai yang cakap blog form hambar.. *memang pun.
Kami bukannye tak nak memprevent keHAMBARan tuh,tapi nak buat camne ? Tell me.
Oklah, aku tau kengkawan aku ni mmg bosan giler cuti ni. So jom usha2 belog yang besh.

Blog TANDAS. Anda pasti terberak.

Blog LENSA HIDUP. Repekan merata tempat.

Blog LAWAK. Haha sana sini.

Blog GAMBARGRAPHER. Superb gambar wa cakap lu.

Blog KOMPUTER. Dapatkan laptop pree. :D

Blog IKAN KELI. Keli sana sini.klaka.

Blog MINAHCUN. Lawa bhai minah nih.

Blog LAKI2DOT TK. Photographer.

Tu je la yang aku larat nak tulih.
Nway, aku suke blog tandas tuh.
Abg tandas akuh. Tajuk entry dia sume
nak gebang. Best la jugak.

ok , chow


P/s: tajuk entri ni takde kena mengena pun sebenarnye. wakakak

Sunday, June 06, 2010

Batch Identity

Calling to all units of 0711 batch, looking for any suggestions in terms of batch's official name and song. Saje jer mak cipta identiti batch sendiri. Kalau macam kat Alam Shah, Putrajaya, setiap batch ade nama sendiri i.e jerk(ini serius), batch 0711 MOZAC gune Superism. And form 5 tahun lepas theme song diorang twinkle away. So, any suggestions for our batch?? Please leave ur respond in the comment box. tq.

"Majulah 0711 untuk SISMe"

Wednesday, April 28, 2010

islam.life.success;]



Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB.

Sop: eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Meon: ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Meon: eh ye ke? yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?
Sop: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...


Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman;

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [67:12]

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gamabr gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya.. Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

End of part one for Brothers.. please try this at home

Saturday, March 27, 2010




sesungguhnye;kami pulang ke rumah angkara ketiadaaan air larh..dah tersejat agaknya air di empangan jus tu;kiteorang x taw la;suasana sgt hingar bingar sebaik sahaja syed mohd syafiq;ketua pelajar kami membuat announcement.

'pelajar tingkatan 1,2 dan 4 dibenarkan pulang ke rumah selepas solat jumaat'

segala kefokusan di kelas seperti disentap;sumenye teringatkan facebook,blog,lappy,handset di rumah.

mcm baru keluar dari kandang pabila sekolah tamat;lalalala~

p.s; kepada pelajat f4.study.do your hw lar. sesungguhnya nanti malam ahad itu akan menjadi bahan pengumpulan homework yang tergendala di dm tercinta;]

Monday, March 15, 2010

Writer Blog Form Punye Blog?



Orait, hari nih.Aku nak bagitau kat satu form.
Belog2 kepunyaan writers.
Tapi, ade dua writers yang di mana blog
mereka gagal dijumpai oleh aku.
Dakara, ni je yang bisa aku hidangkan.
(klik dekat name dorang untuk visit blog berkenaan)









HARAP MAKLUM :)

ohye,rabu ni jangan la ramai sangat pergi tengok movie.Penuh bas karang.. hahah.

Friday, February 19, 2010

D.U.I.T !!

cuti raya cina da nk abes!!
before that, i would like
to welcome our new 0711 batch MEMBERS !!
dh masuk SBPIS, kena pandai2 bawa diri korang...
jgn dok sombung, kang x da sape yg nk layan korang..
don't shy2 or takot2 loo.. member lame x makan orang punya..
kalo korang x tau pasal pelajaran ke, peraturan sekolah dsb..
bolehla merujuk kepada member2 lame,, maybe kalau
kitaorang tahu, mesti kitaorang tolong..
one more thing !! here i have some quote...

" kalu masuk kandang kambing, mengembek"
" kalu masuk kandang rimau, mengaum"
macam tu la lebih kurang..
moral of the quote, lu pikir la sendiri..
kalu nampak kemungkaran, kene la tegor,,
bukan kah addinu nasihah??
kat sini bukan nk tunjuk kita org alim
atau org yg x penah wat salah, tapi
untuk kebaikan bersamoo!!!

=================================================


pasal bayaran pulak..
jgn lupa bawa duit naik cuti ni..

sape2 yg maseh blurr2 pasal bayaran..
bole la tanye sape2 yg tau!!
kita ade banyak kaedah bayaran..
so kepada sesiapa yg ade masalah,
bole ckp dgn sesiapa yg berkenaan..
sampai sekarang, belum ade yg cakap
face 2 face,, jadi x de lah masalah nk bayar,,
lastly, sorry if some of my words,
make someone hurt!!
ASSALAMMUALAIKUM!!!

Tuesday, February 16, 2010

hm;
something peringatan untuk kita yang sering terleka.
remaja;
semuanya horman kegatalan dah makin bertambah
walau ketinggian masih berada di tahap yang sama kan?
kita ada nafsu
kita ada akal gak
akal tu lah yang akan memimpin nafsu
bukan biarkan 'i let you go'
susah lar idop kalau camtu en?

hm;
kalau cinta nak diberi?
nak bagi pada org yg mcm mane ek?
cute?

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...


hm,sediakan calon yg menepati kriteria di atas.
insya Allah,kita bahagia.
tapi!
jgn harapkan pada dye jerk..
kite mesti sama-sama berusaha tok jd yg terbaek.

doakan tok dye.
selamat dirinya,selamat akhlaknya.

btw:study jgn lupe.smbil tok cari larh gk.
tpi cari mcm kat atas tau!

Sunday, February 14, 2010


oyt,:)
i'm new here.
hehe:D
tetibe dpt hidayah untuk melakar kenangan di blog form ney..
poyo la siot...
sekarang nga cuti sekolah:D
haha,hw jgn dlupakan k...
bg yg x siap folio renyah..siapkan larh..untuk menambah gk markah bm kte y x taw hujung pangkalnye an??btw,form 4 baru da msok...haha..stakat ney x kenal lgi larh sume org tapi kene berusehe gak,,untuk mengenali sume:hope ukhwah kite sampai bile-bile ek:D

skola kte nak direnovate: sme bdk f4 except sc agama terpakse mengangkut brg2 mereka ke blok skolah y sebelah,dan blajar dengan suasana yg bru:dlm blik l.k,dlm bilik muzik dan makmal bahasa,..xpe2..ney untuk kebaikan kte gk..patutnye bersyukur sebab bende2 alah ney x dlakukan taun depan:tyme kite spm t kan??

Saturday, February 13, 2010

say NO



Assalamualaikum.Assalamualaikum.Assalamualaikum.

aku tgk blog porm ni menyepi semenjak dua tiga menjak nih.
So, aku nk buat sesuatu supaye mereka yg memfollow n memview blog nih xrase hampa.

::OKAY::

Tajuk di atas adelah dirujuk =)
rase2, korank paham x ape maksud aku. say NO?
segelintir maybe paham n segelintir lagi xpaham.
yg tak paham tu toksah risau ye.
I'll tell u now.

Motif Aq adelah,
SAY NO TO SMOKE?
SAY NO TO DRUG?

BUKAN.BUKAN.korang silap.

sbnarnye, aku nak cakap::

::SAY NO TO VALENTINE::

amik kaw! siap bold lagik!
Aku sedar,aku takde lorh baik mane.
Tp, ingat mengingati tanggungjawab bersama.
Aku xreti nak describe mengape,kenape dan bagaimane

kite kene say no to valentine.
Nape?
Oh sorry! Aku tak tau nak cakap mcmmane coz aku
bkn alim ulama, aq cakap nanti tersalah fakta plak.
So, better korang tanye org len yek.
ok then,konklulasinyek di sini.
no.no.no. sambut2 valentine k..
especially Form 4, seven eleven batch =)

Jane

END OF CONVERSATION :)

pesanan buat semua

alhamdulillah, ujian bulanan dah pun habis. tapi, based on the marks received till last friday, things don't seem to be so good. memanglah baru first test, tapi ingatlah wahai kawan-kawan f4 ialah tahun yang sangat kritikal. kalau syllabus form four kita dah sangkut, macam mana kita nak bawa syllabus form 5 nanti? sekarang pula form 4 baru dah masuk, so persaingan makin kuat. jagalah imej kita, jangan kalah dengan diorang. this is a non- offensive statement tapi, kita kan dah 4 tahun bergelar warga sbp, so, sendiri mau ingatlah. lagi satu, bila bergelar form 4 ni, adatlah kita yang akan conquer sekolah, semua benda kita pegang, so tunjukkanlah imej kepimpinan yang baik kepada adik-adik kita. biar kita jadi sebutan lepas keluar sekolah nanti. tu jelah pesanan buat diri aku dan buat semua.

'MAJULAH 0711 UNTUK SBPI SELANDAR'

Alert !!


ATTENTION!!
Kepada semua warga form 4 batch 07-011 batch,
Jangan la kamu:
1) ONLINE non-stop this oliday.
(Aku mengingatkan diri aku sendri)
2) Main GAMES
3) BerSMS!
(Juga mengingatkn diri saya nih)
4) Menonton TELEVISYENNN
(Yeahh.. aku tak tgk tb)
5) LEPAK di sane sini
6) Tengok MOVIE(s)
7) Main BOWLING
8) atau perkara yg tak berpekdah yg sewaktu dgnnye k..



Lebih baek korank study.study.study
(Aku mengingatkan diri aku sekali.)

Better korang Stady,
Addmaths
Modern maths
Bahasa melayu
English
Arab tinggi
Syariah islamiah
Quran sunnah
Biologi
Chemistry
Physics
Prinsip perakaunan
Engineering tech
Lukisan kejuteraan
Sejarah
Pendidikan islam

P/s: Aku turut mengingatkn diri aku.Paham.
Y/m: deeba_dibah

END OF CONVERSATION :)

Saturday, January 16, 2010

setelah sekian lama.....



Assalamualaikum,setelah sekian lama blog ini menyepi tanpa ada sesiapa mahu post sesuatu,hari ini,aku rasa nak buat sesuatu (mende aku merepek ni? )....

Rasa-rasa apa berita hot sekarang...Jujur aku katakan,form mana yang tak risau dengan kehadiran FORM FOUR BARU.bukan kerana populariti akan jatuh merudum-rudum tetapi soalnya disini dalam pembentukan semula satu organisasi yang sifar akhlak2 paranormal (bombastik sungguh!).Mengekalkan semula rekod-rekod bersih.Apa-apa pun tahniah kepada sesiapa yang berjaya menempatkan diri dalam batch 0711 Selandar kerana kami semua baik2 belaka,yang kecil jangan disangka diam,malah yang kecil itu juga boleh menandingi yang tinggi-tinggi.Rasa-rasa kalau kami ni nampak innocent,aihh kenal dulu,baru tahu langit bumi tinggi mana.Kami tak kata form kami terlalu baik,tetapi kebaikan kami setakat ini terserlah.(bajet ke ayat ni?).Jadi sebelum melangkah ke dunia baru SBPIS yang harmonis,tinggalkan segala yang buruk dibelakang,sama-sama kita bentuk sebuah pasukan.Tiada istilah form4 baru dan form4 lama,itu azam kami.Dengan pimpinan kukuh ketua-penolong-majlis tertinggi form dan juga ahli-ahli cun dan handsome 0711's...accept our culture fullheartdedly,


say no to maksiat!say no to dating!

p/s; ayat diatas ditujukan pada semua keyh....heheheh