Sunday, January 10, 2016

Roller Coaster 2015 for Machinants :)







Assalamualaikum :)

Hari tu ada skype dengan Najwa & cakap pasal blog batch and tetiba come out dengan idea nak update "Things that Happen in 2015 for Machinants". Amboi, panjang betul tajuk.

Okay, so we have some beautiful moment for 2015.

First, Cea kahwin and she is the first of Machinants who has been taken& up satu lagi stage of life. May Allah bless your relationship Cea & Husband!!Ramai jugak lah Machinants yang datang & yang jauh jauh ni sibuk jugak dengan live update daripada siapa yang datang hahahaa boleh terharu dari jauh jelah.


Then, we have Intel dan kali ni batch kita conduct adik adik yang nak SPM which is batch Nuestra Excellencia dan alhamdulillah program pun berjalan lancar dengan kehadiran ahli Machinants yang sangat awesome which is 74++ macam tu. Ada je yang nak datang tapi tak dapat. Its okay, the support that we get is beyond amazing :)

Pre-Intel. The awesome committee
Hari Last
Machinants ft Nuestra Excellencia


Untuk adik adik NE, goodluck on your upcoming result. Tak silap awal bulan 3, banyakkan berdoa & istiqamah semua amalan yang pernah buat before SPM sbb kita bukan worship Allah sbb SPM je kan :)
THAT IS THE BIGGEST THING THAT HAPPEN IN 2015 FOR ALL OF THE MACHINANTS. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tak langsung. Budi baik semua insyaAllah akan dapat ganjarannya nanti :)



Besides, we have some small meet up with each other. Aku rasa lelaki selalu je meet up & main futsal semua tapi tak tau nak access gambar tu dengan siapa. Yang ni pun ambik kat Instagram je :)
















p.s: Sebenarnya banyak je lagi meet up gambar Machinants kan cuma tak dapat pulak nak ambik/ cari gambar so mintak maaf banyak banyak banyak :)

Lepas tu, apa lagi eh. Oh ramai kan yang graduate from diploma dan meneruskan study kat tempat baru. Alhamdulillah alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan menuntut ilmu walau pun kat mana mana kita berada :) Tahniah korang! All the efforts paid off alhamdulillah. Sebenarnya, sangat happy bila tengok machinants gembira for all their study thingy, kita yang tak habis lagi ni pun tumpang bahagiaaaa.

Besides cerita gembira, kita pun ada cerita sedih. 

Some of us lost their family members. Pijan kehilangan mak tercinta, Sany kehilangan ayah tersayang, Nadhirah kehilangan ayah jugak and hari ni, Pqa Ros hilang atuk dia. InsyaAllah semoga roh roh mereka di tempatkan di kalangan orang beriman dan insyaAllah, kita pun nak reunion dengan dorang kat syurga nanti. Dan semoga kita boleh menjadi anak yang soleh supaya dapat menjadi bekal bekal untuk mereka kat 'sana'. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada ahli ahli Machinants yang terlibat dan kepada family dorang jugak

Oh and lagi satu, Katok /Fateh terlibat dengan accident hari tu dan rasanya dia dah semakin sembuh sekarang. Alhamdulillah dan mungkin support between each other has give him sort of amazing strength. Yang mendoakan dari jauh dan dekat, yang pergi visit kat hospital before and after Intel, yang follow up dari semasa ke semasa. Alhamdulillah for the bond that we have, yang bukan ada time senang je, tapi susah jugak :)

And rasanya, based on previous post, we end our 2015 dengan kehadiran first anak buah Machinants which is anak Ceaaa yang comel <3 Semoga Allah jadikan Qaireen anak yang solehah dan dapat berbakti dekat parents insyaAllah :) 

Too many things happen in 2015, bukan sesuatu yang membuatkan kita berhenti tapi sebaliknya 2016 menanti, semoga ikatan kita Machinants 2011 kukuh sampai bila bilaa insyaAllah sampai syurga kan :) Stay safe, sihat , jangan stress stress final exam ni, kuatkan semangat :) Semoga 2016 menjadi lebih baik dan menemukan kita dengan sebuah kehidupan untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik lagi.

Take care my Machinants <3