Thursday, December 17, 2009

Tarikh Keputusan PMR 2009

Buat semua pelajar Tingkatan 3 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, tarikh rasmi keputusan Penilain Menengah Rendah 2009 telah ditetapkan pada :
24 Disember 2009
(Khamis)
Korang bley start datang as early from 8.00 a.m at Dewan Gemilang. Tapi keputusan diumukan around 10.00 am. So, may be everybody be in good piece to collect our result. Selamat berjumpa dan best of luck for everybody.
Semepena pengumuman keputusan iu jugak, why not, malam sebelumnya tu, kita buat solat hajat ramai-ramai, tapi bukan niat untuk keputusan 9a ke 8a, tapi kita niat untuk Allah lapangkan hati kita dan tenangkan perasaan kita supaya kita boleh ambil keputusan dengan tenang. Takde gunanya kalau kita niat untuk 9a apa semua coz the result slip's is there, everything's ready, the results are printed, so it's not like a miracle gonna happen or sumthin, contohnya, tiba-tiba keputusan kita dari 8 jadi 9 bile solat hajat. So, maklumkan kepada semua.
"MAJULAH FORM UNTUK SBPI SELANDAR"




Boycott Israel Campaign-4 Pictures, Images and Photos


Monday, December 14, 2009

HANDSOME & GORGEOUS NITE 0711


3perdana


3 satria


3 waja

pada khamis minggu terakhir sebelum cuty , pelajar² tingkatan 3 telah mengadakan jamuan makan malam di dewan botanical garden melaka. Majlis telah dirasmikan dengan gilang gemilangnye oleh Ayahanda terchinta En Karim Bayok. Guru-guru yang hadir kelihatan segak dan menawan . Mereka memuji kejayaan kami mengadakn majlis yang begitu gah diantara majlis2 yang lain. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sume pelajar dan guru kerana telah memberikan komitmen sepenuhnye terhadap majlis.



laporan oleh anisnajwa dan saya =]

Friday, July 31, 2009

preparation for trial 1

Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

Persediaan menjelang peperiksaan lebih merupakan persediaan minda. Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi persoalan utama. Pelajar yang telah lama bersedia adalah pelajar yang beruntung manakala pelajar yang lalai hingga ke saat akhir adalah pelajar yang merugi.

Persediaan mental menjelang peperiksaan juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan. Persediaan mental ini tetap merupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang.

Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini.

1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.

2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.

3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.

4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat
akan menyebabkan otak kurang cekap.

5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh
melemahkan tenaga dan melembapkan minda.

6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.

7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.

8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.

9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.

11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan
bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan
kurang ajar dengan guru.

12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.

13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar
sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.

17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.

18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

19.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.

20.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas
peperiksaan.

21.Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan
moral sebegini amatlah penting.

22.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

23.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

24.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

25.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.

26.Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!

27.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.

28.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.

29.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

30.Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.

12 Kemahiran Untuk Pelajar

Ramai pelajar mengeluh kerana terlalu banyak masa yang dihabiskan untuk mengulang kaji tetapi pulangannya tidak seberapa. Sebaliknya terdapat segolongan kecil pelajar, belajar dalam keadaan yang lebih selesa, tidak terkocoh tetapi dapat pula meluangkan masa untuk beriadah dan turut melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Walaupun begitu, mutu dan pencapaian akademik mereka tidak terjejas.

Persoalannya, mengapakah dua keadaan di atas boleh terjadi? Biasanya, jawapan yang diberikan ialah pelajar dalam kumpulan kedua didakwa mempunyai keupayaan mengingat yang lebih jika dibandingkan dengan para pelajar daripada kumpulan pertama. Hipotesis ini mungkin betul, tetapi yang lebih tepat ialah ramai pelajar tidak mempunyai teknik belajar yang berkesan. Mereka belajar hanya mengikut rasa dan resa sahaja. Akibatnya, masa dan tenaga banyak terbuang, tetapi hasilnya tidak seperti mana yang disarankan oleh Gwen Gawith di dalam bukunya Power Learning.

Pelajar dan Pemelajaran

Setiap pelajar mestilah mengetahui akan tujuan dia belajar. Adakah dia belajar untuk mendapatkan ilmu dan kecemerlangan atau belajar kerana mengikut rakan-rakan sahaja dan dipaksa oleh ibu bapa ? Oleh itu, para pelajar mestilah menanamkan tekad bahawa tujuannya belajar adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan mencapai kecemerlangan dalam semua bidang sama ada yang berkaitan dengan rohani atau jasmani. Setelah yakin bahawa anda ingin belajar, maka ketahuilah pula apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai seorang pelajar.

Pengurusan Diri

Sebagai seorang pelajar, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan alam persekolahan dan persekitaran pemelajaran yang stabil. Jadikanlah sekolah tempat yang menyeronokkan untuk menimba ilmu pengetahuan. Di simpang itu, pandai-pandailah membawa diri bersama rakan dan taulan serta tidaklah pula menjadikan guru sebagai musuh. Ingatlah, guru adalah ibu bapa kedua kita. Tiada guru yang ingin merosakkan pelajarnya. Apa yang penting. Pelajar mestilah pandai membawa diri dengan sifatnya sebagai seorang pelajar.

Mengurus Masa

Untuk menjadi pelajar yang berjaya, anda mesti berupaya menjadualkan masa untuk belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan kokurikulum, menonton televisyen dan sebagainya. Di samping itu, pelajar mestilah berkebolehan mengingati sesuatu dalam jangka masa yang lebih panjang.

Perancangan

Kemahiran merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan tujuan yang positif. Janganlah hendaknya hidup hanya mengikut arus sahaja.

Kemahiran Berfikir

Untuk menjadi pelajar yang berjaya, pelajar mesti keupayaan berfikir secara kritis dan positif. Kemahiran berfikir ini harus dipelajari dan dipraktikkan. Di samping itu, pelajar juga mestilah berfikiran matang dan tidak hanya mengikut logik semata-mata.

Kemahiran Belajar

Belajar bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang sukar. Untuk menjadikan belajar itu mudah, para pelajar mestilah menguasai kemahiran belajar yang sistematik.

Kemahiran Membaca

Boleh dikatakan semua pelajar boleh membaca tetapi tidak ramai yang boleh membaca dengan pantas, dan dalam masa yang sama dapat memahami dan mengingati apa yang dibaca. Oleh itu, para pelajar mestilah menguasai kemahiran membaca dengan sebaik mungkin.

Kemahiran Menyelidik

Kemahiran merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan tujuan yang positif. Janganlah hendaknya hidup hanya mengikut arus sahaja.

Kemahiran Berfikir

Bagi memahami dan mendalami ilmu pengetahuan, setiap pelajar mesti mahir merujuk dan menyelidik sama ada daripada buku buku, akhbar, majalah, membuat temu ramah, dan sebagainya.

Kemahiran Membuat Nota

Terdapat pelbagai cara dan kaedah membuat nota, tetapi yang penting, nota yang anda buat mestilah memudahkan anda memahaminya. Jika kita hanya membaca atau menyelidik tanpa mencatatnya di dalam buku nota, kesannya tidak akan sampai ke mana dan tidak bertahan lama.

Kemahiran Menyampaikan

Setelah anda membaca, berfikir, belajar dan membuat nota, seharusnya anda mahir pula menyampaikan kembali apa yang anda fahami dengan berkesan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan.

Teknik Peperiksaan

Setiap pelajar akan dinilai melalui peperiksaan. Oleh itu, pelajar mesti berkebolehan menguasai teknik-teknik peperiksaan seperti keupayaan menganalisis soalan, mengetahui takrif soalan dan menjawab soalan.

Kemahiran Menilai

Pelajar mesti berupaya menilai kelemahan dan kekuatan diri sendiri di samping sentiasa berusaha memperbaiki segala kelemahan diri. Jangan sesekali menyalahkan orang lain jika kita gagal. Adalah lebih baik kita menyalahkan diri sendiri dan melihat kelemahan-kelemahan diri dan seterusnya bertekad untuk berjaya.

Kesimpulannnya, jika para pelajar dapat menguasai kesemua kemahiran di atas dengan berkesan dan bersistematik, sudah pasti kejayaan memihak kepada anda. Walau bagaimanapun, dalam keadaan apa sekalipun, kita mestilah sentiasa bersyukur dan bertakwa agar Allah S.W.T akan memberkati segala usaha kita.

Saturday, July 25, 2009

Carta organisasi form yang baru

Ketua Form
Asraf Afifiq

Penolong Ketua Form
Nurain Syuhadah

Naib Penolong Ketua Form
Noorliana

Setiausaha
Muhd. Firdaus

Naib Setiausaha
Nurul Najwa

Bendahari
Muhd Asyraf

Naib Bendahari
Nur Zahidah

Biro Kebajikan
Nursalam
Nur Afiqah


Biro Akademik
Hafuza Harith
Nurul Aqila

Biro Kokurikulum
Luqman Al-Hakim
Siti Raudhah

Biro Sahsiah
Nurfarhanah Athirah

Friday, May 29, 2009

jom gelak²

LAWAK 1


Isteri Ah SENG marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Ah SEng dari tidur.

Ah Seng: Apa yang bising ni?

Isteri: Seluar dalam saya hilang bang.. tentu Seri (pembantu rumah) yang ambil

Ah Seng: Seri, betul kami yang ambil?

Seri: Tidak Pak, Seri tak ambil

Isteri: Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu…

Ah Seng: Tentu awak tak cari betul ni…

Isteri: Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Tak kan la abang pakai seluar dalam saya…

Ah Seng: Mana ada abang ambil…. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?

Seri: Betul Pak.. sumpah. Pak pun tahu saya TAK PENAHH PAKAI seluar dalam.. masakan saya teringin seluar dalam tu SIHH





LAWAK 2
isteri kuat jeles

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".






LAWAK 3
hampeh punye dedi

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anakperempuan mereka hamil.

"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang siibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kreta Ferrari merah berhenti didepan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.

Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan

untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunis RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata,

"Kalau camtu hang cuba le lagi."

Saturday, May 16, 2009

khidmat masyarakat 2009 (perdana+satria)









ni gamba yang ada dalam camera aku. cam ni aida yang pegang , dye byk amek video.
so, sorrylah kepada sape² yang takde.



Saturday, May 02, 2009

NEW PICS


wahaa aku dah masukkan gamba yg ade dalam kamera. layann

usaha tangga kejayaan



Elemen 3

Pada ahli Batch 0711, nie aku dah masukkan elemen 3 KST bangunan bersejarah, pepandailah korang copy, paste edit n print sendiri. "MAJULAH FORM UNTUK SISMe"

p/s

Isi-isi penting nanti korang cari n then highlight, kalau x markah x dikira.

Bangunan bersejarah merupakan tinggalan berharga di tanah air kita yang patut dijaga. Dewasa ini, semakin banyak program kesedaran umum mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan ini diadakan.

Usaha berterusan pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan-bangunan ini sebenarnya secara tidak langsung memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Pertamanya, dengan berdiri megahnya bangunan-bangunan bersejarah ini, besar atau kecil, cantik atau hodoh, ia akan memupuk rasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana tanah air kita mempunyai pelbagai tinggalan sejarah yang lain daripada yang lain dan ti dak dimiliki oleh negara lain.

Keadaan ini juga akan dapat melahirkan semangat kekitaan yang tinggi dalam kalangan rakyat jelata. Hal ini berlaku apabila rakyat mengunjungi binaan tersebut dan menzahirkan rasa kagum dan semangat bekerjasama bagi melindungi keharmonian negara.

Secara psikologinya, melihatkan bangunan-bangunan yang telah dibina oleh penjajah ini, rakyat akan lebih berusaha dan produktif bagi membangunkan negara dan mengelakkan penjajahan berlaku lagi. Hal ini tidak mustahil apabila rakyat saling berkelakuan sopan dan bertatasuila serta berhemah tinggi dalam usaha mencapai visi ini.

Akhir sekali rakyat akan menjadi lebih tabah dalam menghadapi segala cabaran kerana mereka sedar sikap lemah dan malas berusaha membuatkan pengaruh luar mudah masuk dan mereka mudah dikalahkan.

Secara kesimpulannya, sikap patriotisme di kalangan rakyat dapat dipupuk melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya sama-sama berusaha mengekalkan tinggalan-tinggalan yang tidak terhingga ini.

Thursday, April 30, 2009

sharing is caring . haha


blog student jordan. komik dan ayat2 dye cam ayat abg wanid. jom bace. klik bawah


♥ bicara centa ♥

melayu bangsat doe

ni pulak isu soal jawab sume masalah² CINTA. cinta bute, cinta tige segi, zina mate, zina haty, yang penting CINTA. jalan penyelesaian pon ade. jadi same2 muhasabah diri.
CENTA <----sila klik sini


"disebabkan setitik nila rosak susu sebelanga"
renung²kan





Sunday, March 22, 2009

Selingan..a.ka Hw cuti f3...

Peribahasa Melayu

1. ada air ada ikan –ada negeri adalah rakyatnya
2. ada hari ada nasi-asal masih hidup pasti peroleh rezeki
3. adat gajah terdorong-orang berkuasa kerap kali salah guna kuasa
4. aku alah engkau tak menang- orang bodoh yang tak mahu mengakui kesalahannya
5. air setitk dilautkan , tanah seketul digunungkan-benda kecil yang dibesar-besarkan
6. air tuba dibalas dengan air susu- kejahatan yang dibalas kebaikan
7. anak badak dihambat-hambat sengaja mencari nahas
8. angguk bukan ,geleng ia – lain di mulut lain di hati
9. anak baik , manantu molek –sangat bahagia
10. anak kambing takkan jadi anak harimau- orang yang pengecut akan tetap pengecut
11. antan patah , lesung hilang- kemalangan yang bertimpa-timpa
12. anjur surut bak bertanam –tipu muslihat dalam pekerjaan
13. ara tak bergetah- suatu perkara yang mustahil
14. asal berinsang ikanlah- tidak memilih
15. ayam pulang ke pautan- sudah pada tempatnya
16. ayam seekor bertambang dua – gadis seorang , dua lelaki yang hendak
17. ayam baru belajar berkokok-baru cukup umur
18. awak kurus daging menimbun-orang miskin yang pura-pura miskin
19. bagai belut digetir-cepat sekali
20. bagai berkain tiga hasta-cepat sekali
21. bagai berseru di padang pasir- seruan yang tak diendahkan
22. bagai balak terendam-orang gemuk yang malas bergerak
23. bagai dakwat dan kertas-tak pernah berpisah
24. bagai berumah di tepi tebing-selalu dalam kerisauan
25. bagai bunyi siamang kenyang- banyak cakap kerana dapat kesenangan
26. bagai kembung kembung-bodoh sombong
27. bagai cembul dapat tutupnya- sesuai benar
28. bagai gelegar buluh-bercakap besar
29. bagai gagak mengonggong telur-perempuan hodoh berpakaian bagus
30. bagai gadis jolong menumbunk-rajin dan bersungguh-sungguh
31. bagai hantu makan dedak- bersungut-sungut tanpa sebab
32. bagai jawi terkurung siang –sangat gelisah kerana tidak bebas
33. bagai kacang direndang-bunyi suara yang tak putus-putus
34. bagai kambing dalam biduk- sangat ketakutan
35. bagai kambing dijunjung-jerit pekik orang yang pengecut
36. bagai kerbau terkejut oleh gong- tercengang kehairanan
37. bagai kerbau runcing tanduk –orang yang terkenal kejahatannya
38. bagai kuau mengigal- kehaebtan rupa seseorang
39. bagai kucing dibawakan lidi-sangat ketakutan
40. bagai kucing kehilangan anak- kehilangan akal
41. bagai kucinglepas senja- sukar dicari
42. bagai lebah menghimpun madu- sangat rajin
43. bagai lepat dan daun- sangat sesuai
44. bagai mencari belalang atas akar- kerja yang sia-sia
45. bagai menambah gelang bini- pemberian yang tak kelihatan
46. bagai melihat asam- ingin sekali
47. bagai melihat ulat-sangat benci
48. bagai membelah betung –pendirian berat sebelah sebelah
49. bagai mengail kucing hanyut- perbuatan sia-sia
50. bagai mendapat cincin ijuk- dapat barang yang tak berguna
51. bagai menggelikan induk ayam-memberanikan orang pengecut
52. bagai meramas biji cempedak- menghadapi orang yang berdolak dalik
53. bagai nangka masak gugur-jatuhnya orang yang gemuk
54. bagai panas mengundang hujan –tertawa dalam kesusahan
55. bagai rupa tokak dibasuh- sangat buruk
56. bagai pelita kehabisan minyak- tidak berseri lagi
57. campak baju nampak kurap- mendedahkan keburukan diri
58. celaka tiga belas-malang sekali
59. cupak tegak yang diisi –aturan yang masih berturut
60. dahan pembaji batang-guna harta benda tuan
61. dapur tak berasap- sangat miskin
62. darah setampuk pinang-belum berpengalaman
63. dalam dua tengah tiga- tidak jujur
64. dapat dihitung dengan jari-sedikit sekali
65. dengan kartu terbuka- berterus terang
66. dicucuk orang hidungnya-menurut saja kata orang
67. direbus tak empuk- sangat sukar dikalahkan
68. ditakik getah di daun-hidup melarat
69. diuji timbang lebih sesaga-perbezaan yang sangat kecil
70. duduk dalam sukatan orang yang kaya
71. dulu timah sekarang besi – orang kecil dapat pangkat tinggi
72. enau mencari sigai-perempuan mencari lelaki
73. geruh menempuh dalam tubuh-nasig buruk yang menimpa diri
74. gigi tanggal , rawan murah- keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi
75. habis kapak diganti beliung- sangat rajin bekerja
76. hangat-hangat tahi ayam- tidak bersungguh-sungguh
77. harta pulang ke tuan- sudah pada tempatnya
78. hati hendak semua jadi- jika berkemahuan, akan dikerjakan sampai dapat
79. hidup di hujung gurun orang- hidup melarat
80. hidup dua muara- hidup dengan 2 pencarian
81. hidup segan mati tak mahu- hidup melarat
82. hilang tak tentu rimbanya-hilang tidak berbekas
83. hujan jatuh ke pasir- buat baik tak kena tempat
84. ikan di hulu tuba di hilir- perbuatan sia-sia
85. ikan digulai sudah melompat-nasib yang malang
86. ikan pulang ke lubuk – telah kembali ke tempat asal
87. itik bertaji- sangat penakut tapi sombong
88. itik mendapat air- memperoleh sesuatu yang digemarinya
89. jadi air mandi- sudah jadi kebiasaan
90. jambatan emas – jalan mencapai bahagia
91. janji samapai, sukatan penuh –sudah sampai ajal
92. jatuh tak berkait- membuat sesuatu yang tak diminta
93. jangan menggerak ular tidur- bahaya jangan dicari
94. jauh panggang dari api-jawapan yang tak tepat
95. jerat serupa jerami-tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan
96. jika baik ada cacatnya- tidak ada yang sempurna di dunia
97. kaduk naik junjung-orang yang hina merasa dirinya mulia
98. kain basah kering di pinggang- sangat miskin
99. kain tersangkut kain tinggal – tergesa-gesa meninggalkan diri
100. kain rabak tegal dek lenggang awak , baju rabik tegal dek lenggok awak , kopiah pesuk tegal dek lonjak awak- orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri

Hallo sume pakcik makcik 0711...weyh ni selingan..reyhunt suruh writer lain active...so takde benda nak tulis..buatlah bacer2..

Saturday, March 21, 2009

di kelas 3 waja..



ye ni je yang stakat ni saye sempat masukkan . gamba laen tak edit lagi and coming soon.
so click pada gambar untuk lihat jerawat mereke. ehem2..



Saturday, March 14, 2009

artikel bestt.

Paparan saya, Tafsiran anda...
Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah
oleh Ibnuyaacob
Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.
Benarkah Dajjal Perlukan Wang?
Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …
“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”
Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam
Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal
Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.
Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?
Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.
Benarkah begitu?
Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.
Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.
“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)
“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)
Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.
Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah ….
“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.
Teori Tentang Strategi Dajjal
Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
a.. Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.
b.. Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :
#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.
Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.
Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.
Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah
Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.
Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.
Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.
Pernahkah kita terfikir?
Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.
Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.
Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?
#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungny a.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)
Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”
Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.
Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.
Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanji an konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.
Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.
Kesimpulan
Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.
Wallahu’alam
Renung-renungkanlah ..

Saturday, March 07, 2009

back to childhood





ini adalah sedikit sebanyak gambar yang aku simpan. Gambar masa ting 1. gambar aida agak banyak . maaflah kepada yang tiada.
untuk lebih besar sila klik pada gmbar