Saturday, May 02, 2009

Elemen 3

Pada ahli Batch 0711, nie aku dah masukkan elemen 3 KST bangunan bersejarah, pepandailah korang copy, paste edit n print sendiri. "MAJULAH FORM UNTUK SISMe"

p/s

Isi-isi penting nanti korang cari n then highlight, kalau x markah x dikira.

Bangunan bersejarah merupakan tinggalan berharga di tanah air kita yang patut dijaga. Dewasa ini, semakin banyak program kesedaran umum mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan ini diadakan.

Usaha berterusan pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan-bangunan ini sebenarnya secara tidak langsung memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Pertamanya, dengan berdiri megahnya bangunan-bangunan bersejarah ini, besar atau kecil, cantik atau hodoh, ia akan memupuk rasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana tanah air kita mempunyai pelbagai tinggalan sejarah yang lain daripada yang lain dan ti dak dimiliki oleh negara lain.

Keadaan ini juga akan dapat melahirkan semangat kekitaan yang tinggi dalam kalangan rakyat jelata. Hal ini berlaku apabila rakyat mengunjungi binaan tersebut dan menzahirkan rasa kagum dan semangat bekerjasama bagi melindungi keharmonian negara.

Secara psikologinya, melihatkan bangunan-bangunan yang telah dibina oleh penjajah ini, rakyat akan lebih berusaha dan produktif bagi membangunkan negara dan mengelakkan penjajahan berlaku lagi. Hal ini tidak mustahil apabila rakyat saling berkelakuan sopan dan bertatasuila serta berhemah tinggi dalam usaha mencapai visi ini.

Akhir sekali rakyat akan menjadi lebih tabah dalam menghadapi segala cabaran kerana mereka sedar sikap lemah dan malas berusaha membuatkan pengaruh luar mudah masuk dan mereka mudah dikalahkan.

Secara kesimpulannya, sikap patriotisme di kalangan rakyat dapat dipupuk melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya sama-sama berusaha mengekalkan tinggalan-tinggalan yang tidak terhingga ini.

No comments: