Peribahasa Melayu 1. ada air ada ikan –ada negeri adalah rakyatnya 2. ada hari ada nasi-asal masih hidup pasti peroleh rezeki 3. adat gajah terdorong-orang berkuasa kerap kali salah guna kuasa 4. aku alah engkau tak menang- orang bodoh yang tak mahu mengakui kesalahannya 5. air setitk dilautkan , tanah seketul digunungkan-benda kecil yang dibesar-besarkan 6. air tuba dibalas dengan air susu- kejahatan yang dibalas kebaikan 7. anak badak dihambat-hambat sengaja mencari nahas 8. angguk bukan ,geleng ia – lain di mulut lain di hati 9. anak baik , manantu molek –sangat bahagia 10. anak kambing takkan jadi anak harimau- orang yang pengecut akan tetap pengecut 11. antan patah , lesung hilang- kemalangan yang bertimpa-timpa 12. anjur surut bak bertanam –tipu muslihat dalam pekerjaan 13. ara tak bergetah- suatu perkara yang mustahil 14. asal berinsang ikanlah- tidak memilih 15. ayam pulang ke pautan- sudah pada tempatnya 16. ayam seekor bertambang dua – gadis seorang , dua lelaki yang hendak 17. ayam baru belajar berkokok-baru cukup umur 18. awak kurus daging menimbun-orang miskin yang pura-pura miskin 19. bagai belut digetir-cepat sekali 20. bagai berkain tiga hasta-cepat sekali 21. bagai berseru di padang pasir- seruan yang tak diendahkan 22. bagai balak terendam-orang gemuk yang malas bergerak 23. bagai dakwat dan kertas-tak pernah berpisah 24. bagai berumah di tepi tebing-selalu dalam kerisauan 25. bagai bunyi siamang kenyang- banyak cakap kerana dapat kesenangan 26. bagai kembung kembung-bodoh sombong 27. bagai cembul dapat tutupnya- sesuai benar 28. bagai gelegar buluh-bercakap besar 29. bagai gagak mengonggong telur-perempuan hodoh berpakaian bagus 30. bagai gadis jolong menumbunk-rajin dan bersungguh-sungguh 31. bagai hantu makan dedak- bersungut-sungut tanpa sebab 32. bagai jawi terkurung siang –sangat gelisah kerana tidak bebas 33. bagai kacang direndang-bunyi suara yang tak putus-putus 34. bagai kambing dalam biduk- sangat ketakutan 35. bagai kambing dijunjung-jerit pekik orang yang pengecut 36. bagai kerbau terkejut oleh gong- tercengang kehairanan 37. bagai kerbau runcing tanduk –orang yang terkenal kejahatannya 38. bagai kuau mengigal- kehaebtan rupa seseorang 39. bagai kucing dibawakan lidi-sangat ketakutan 40. bagai kucing kehilangan anak- kehilangan akal 41. bagai kucinglepas senja- sukar dicari 42. bagai lebah menghimpun madu- sangat rajin 43. bagai lepat dan daun- sangat sesuai 44. bagai mencari belalang atas akar- kerja yang sia-sia 45. bagai menambah gelang bini- pemberian yang tak kelihatan 46. bagai melihat asam- ingin sekali 47. bagai melihat ulat-sangat benci 48. bagai membelah betung –pendirian berat sebelah sebelah 49. bagai mengail kucing hanyut- perbuatan sia-sia 50. bagai mendapat cincin ijuk- dapat barang yang tak berguna 51. bagai menggelikan induk ayam-memberanikan orang pengecut 52. bagai meramas biji cempedak- menghadapi orang yang berdolak dalik 53. bagai nangka masak gugur-jatuhnya orang yang gemuk 54. bagai panas mengundang hujan –tertawa dalam kesusahan 55. bagai rupa tokak dibasuh- sangat buruk 56. bagai pelita kehabisan minyak- tidak berseri lagi 57. campak baju nampak kurap- mendedahkan keburukan diri 58. celaka tiga belas-malang sekali 59. cupak tegak yang diisi –aturan yang masih berturut 60. dahan pembaji batang-guna harta benda tuan 61. dapur tak berasap- sangat miskin 62. darah setampuk pinang-belum berpengalaman 63. dalam dua tengah tiga- tidak jujur 64. dapat dihitung dengan jari-sedikit sekali 65. dengan kartu terbuka- berterus terang 66. dicucuk orang hidungnya-menurut saja kata orang 67. direbus tak empuk- sangat sukar dikalahkan 68. ditakik getah di daun-hidup melarat 69. diuji timbang lebih sesaga-perbezaan yang sangat kecil 70. duduk dalam sukatan orang yang kaya 71. dulu timah sekarang besi – orang kecil dapat pangkat tinggi 72. enau mencari sigai-perempuan mencari lelaki 73. geruh menempuh dalam tubuh-nasig buruk yang menimpa diri 74. gigi tanggal , rawan murah- keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi 75. habis kapak diganti beliung- sangat rajin bekerja 76. hangat-hangat tahi ayam- tidak bersungguh-sungguh 77. harta pulang ke tuan- sudah pada tempatnya 78. hati hendak semua jadi- jika berkemahuan, akan dikerjakan sampai dapat 79. hidup di hujung gurun orang- hidup melarat 80. hidup dua muara- hidup dengan 2 pencarian 81. hidup segan mati tak mahu- hidup melarat 82. hilang tak tentu rimbanya-hilang tidak berbekas 83. hujan jatuh ke pasir- buat baik tak kena tempat 84. ikan di hulu tuba di hilir- perbuatan sia-sia 85. ikan digulai sudah melompat-nasib yang malang 86. ikan pulang ke lubuk – telah kembali ke tempat asal 87. itik bertaji- sangat penakut tapi sombong 88. itik mendapat air- memperoleh sesuatu yang digemarinya 89. jadi air mandi- sudah jadi kebiasaan 90. jambatan emas – jalan mencapai bahagia 91. janji samapai, sukatan penuh –sudah sampai ajal 92. jatuh tak berkait- membuat sesuatu yang tak diminta 93. jangan menggerak ular tidur- bahaya jangan dicari 94. jauh panggang dari api-jawapan yang tak tepat 95. jerat serupa jerami-tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan 96. jika baik ada cacatnya- tidak ada yang sempurna di dunia 97. kaduk naik junjung-orang yang hina merasa dirinya mulia 98. kain basah kering di pinggang- sangat miskin 99. kain tersangkut kain tinggal – tergesa-gesa meninggalkan diri 100. kain rabak tegal dek lenggang awak , baju rabik tegal dek lenggok awak , kopiah pesuk tegal dek lonjak awak- orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri Hallo sume pakcik makcik 0711...weyh ni selingan..reyhunt suruh writer lain active...so takde benda nak tulis..buatlah bacer2.. |
Sunday, March 22, 2009
Selingan..a.ka Hw cuti f3...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
uihh korg ni. bangga cgu2 bm skola. :D
Post a Comment