Monday, April 22, 2013

Selandar.

PS. Jika rajin, sebelum membaca, Play this link. Rasa macam drama sikit. Lols apakah. Jangan lupa tutup lagu diatas. Kalau tak dia takkan jadi drama, dia akan timbulkan rasa marah. Apakah. Kbai. 

Pagi-pagi cenggini tetiba masuk memory lane. Terkenang and end up nangis sendiri. Sebab rasa sekarang dah menapak jauh tinggalkan apa yang ada di belakang. Yang asasi, dah ramai yang meninggalkan pusat persediaan masing masing. Yang matriks, berjuang untuk peperiksaan akhir. Yang masih berjuang, teruskan perjuangan Machinants.

*tiup tiup habuk blog batch*

Assalamualaikum brothers sisters. Apa khabar? Khabar baik hendaknya.

`        If and only if, doraemon offer pinjam mesin masa dia , what I ever want is to go back to Selandar. Where I see everyone really appreciate their reality. Their real life. Jauh dari teknologi. Kalau nak bercakap : boleh cakap in realiti, tak memerlukan twitter sebagai medium pengantara mahupun message facebook. Hatta tak memerlukan telefon bimbit untuk menghubungkan dua jasad ,aku rindu saat saat skill suara volume 5 diperlukan , seperti menjerit memanggil manusia untuk turun makan bersama di Dewan Makan. Ataupun nak sound budak junior  kerana terlalu bising dari tingkat 1 ke tingkat 4. Sepelaung jauhnya. Terlalu cliche mungkin ?

Somehow aku rasa. Biarlah takde orang kenal , biarlah takde tempat outing sekeliling Selandar tu ( exclude Ketapang ) . Aku rindu tenangnya suasana Selandar. Kalau sekarang, pagi pagi dah terasa bahang matahari, kalau dekat Selandar, tengah berkabus subuh-subuh. Biarlah pelusuk mana pun Selandar tu, biarlah . Sebab to see and to get a place like Selandar, susah kot nak jumpa. Melainkan tetiba kerajaan decided tarah bukit depan sekolah, bina universiti . Ahaks. Statement apakah ini? *kening kening*

Tapi aku sedia maklum yang aku takkan dapat pinjam mesin masa.
Sebab doraemon juga tak wujud di dunia nyata.

Appreciate what you have today. 


Well, I guess pengunaan bahasa Melayu aku pada hari ini, berbaur puitis. Mungkin juga rindu dengan subjek Bahasa Melayu. 

Moga Allah jaga kalian. Dimana jua kalian berada. Kita insyaAllah, masih bernafas bawah langit yang sama. Cuma dibezakan dengan GMT berbeza. 

No comments: