Wednesday, June 16, 2010

Hari Orientasi di Sekolah Menengah Sains Rembau

  Bismillahirahmanirahim   

    Pada 2 Januari 2010 yang lepas,beberapa orang dari Batch 0711 dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar Melaka telah dipilih pada akhir tahun 2009 untuk menjadi fasilitator untuk pelajar baru Sekolah Menengah Sains Rembau oleh Tuan Haji Baharudin bin Husin.Kami bermalam disana selama 3 hari 2 malam.Kedatangan kami di sambut baik oleh GPK Hem SMS Rembau yang juga bekas guru dari Sekolah Tun Fatimah ,Johor.

         Malam pertama kami disana,setelah selesai solat maghrib (tak ingat!) kami menolong untuk membentangkan tikar dan sejadah di surau Semesra.Selepas itu,kami menolong guru-guru disana untuk mengemas meja dan tenaga pelajar lelaki digunakan untuk mengangkat dan mengalihkan meja dan kerusi.Malam yang cuma diterangi bulan di harungi dengan penuh sabar apabila kami terpaksa bergelap kerana tiada elektrik.Proses mengemas buku juga dilaksanakan oleh kami.Masa yang selebihnya kami habiskan bersama Mak Cik Kantin yang sungguh baik hati bersama makanannya yang murah-murah belaka.Dorm bagi pelajar puteri yang dibuka cuma 2 dorm.Malam itu cuma kami sahaja yang bermalam di situ.Perasaan cuak yang melampau-lampau sampai tidak boleh melelapkan mata juga ada.Tapi kebanyakan dari kami cuma pura-pura tidur.

     Pada esok pagi,seawal jam 7.00 pagi kami sudah menyemak di kantin Semesra dan bersarapan di situ kerana keadaannya yang selesa dan kondusif.Pada pukul 8.00 pagi,pelajar-pelajar baru mula datang dan kami dibahagikan mengikut tempat masing-masing bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.Pelbagai gelagat dan aksi dipertontonkan pada hari itu.Buat pengetahuan semua,pelajar yang mendaftar ini terdiri daripda pelajar tingkatan dua.Sesi pendaftaran diselesaikan di Dewan Semesra pada hari itu juga.Pada malam itu,orientasi bermula.Mereka diarahkan untuk mengambil buku teks masing-masing di sekolah.Penerangan telah dibuat oleh guru yang bertugas disana.Malam itu juga,kami pelajar puteri telah membaca surah Yasin beramai-ramai dan setiap fasi diberi adik-adik angkat.(Saya dapat dorm 6!).Aktiviti tamat.

Pada esok pagi,pelajar-pelajar tingkatan dua itu telah pergi ke sekolah seawal jam 7.00 pagi namun bagi kami,kami pergi menghabiskan masa di kantin Rembau dan lagaknya seperti dah habis sekolah! Seperti biasa pelajar lelaki akan selalu lambat dan kita pun sedia maklum.Namun pada jam 9 pagi kami telah diberi kelas Bahasa Inggeris oleh Madam Hasni bte Abu Bakar.Kelas yang sangat menarik dan beliau dari sekolah menengah sains seremban (SASER).Pada waktu petang,kami bermain bersama pelajar-pelajar.Kami membawa mereka melawati kawasan sekolah yang sangat besar.beberapa kali besar dari sekolah kami.Beberapa program turut dijalankan seperti menyanyi lagu sekolah mereka yang sangat menarik.Antara lirik yang saya ingat.

Kami warga Semesra
Sentiasa bersemangat waja..
Semesra di hatiku sentiasa

Hari terakhir kami disana begitu sedih rasanya ingin pulang semula ke sekolah dan meninggalkan junior kami yang baik dan happening.Terasa begitu sedih berpisah dengan Baba.Buat pengetahuan semua,begitu ramai cikgu yang best-best dari SBPIS berpindah ke SEMESRA.jadi diharapkan jalinan antara dua sekolah ini berjalan dengan baik dan beberapa kolabrasi boleh dibuat di masa hadapan.Sekian terima kasih



makcik kantin yang disayangi
 

Orientasi time ;p

kami sayang baba sangat-sangat!

Hj Baharudin Husin

 join kami di facebook!

No comments: