LAWAK 1
Isteri Ah SENG marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Ah SEng dari tidur.
Ah Seng: Apa yang bising ni?
Isteri: Seluar dalam saya hilang bang.. tentu Seri (pembantu rumah) yang ambil
Ah Seng: Seri, betul kami yang ambil?
Seri: Tidak Pak, Seri tak ambil
Isteri: Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu…
Ah Seng: Tentu awak tak cari betul ni…
Isteri: Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Tak kan la abang pakai seluar dalam saya…
Ah Seng: Mana ada abang ambil…. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?
Seri: Betul Pak.. sumpah. Pak pun tahu saya TAK PENAHH PAKAI seluar dalam.. masakan saya teringin seluar dalam tu SIHH
LAWAK 2
isteri kuat jeles
Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.
Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.
Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.
Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".
LAWAK 3
hampeh punye dedi
Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anakperempuan mereka hamil.
"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang siibu menangis. "Suruh dia datang sini!"
Si anak pun telepon le mat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kreta Ferrari merah berhenti didepan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.
Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan
untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunis RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"
Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata,
"Kalau camtu hang cuba le lagi."
Friday, May 29, 2009
Saturday, May 16, 2009
khidmat masyarakat 2009 (perdana+satria)
Saturday, May 02, 2009
Elemen 3
Pada ahli Batch 0711, nie aku dah masukkan elemen 3 KST bangunan bersejarah, pepandailah korang copy, paste edit n print sendiri. "MAJULAH FORM UNTUK SISMe"
p/s
Isi-isi penting nanti korang cari n then highlight, kalau x markah x dikira.
Bangunan bersejarah merupakan tinggalan berharga di tanah air kita yang patut dijaga. Dewasa ini, semakin banyak program kesedaran umum mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan ini diadakan.
Usaha berterusan pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan-bangunan ini sebenarnya secara tidak langsung memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Pertamanya, dengan berdiri megahnya bangunan-bangunan bersejarah ini, besar atau kecil, cantik atau hodoh, ia akan memupuk rasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana tanah air kita mempunyai pelbagai tinggalan sejarah yang lain daripada yang lain dan ti dak dimiliki oleh negara lain.
Keadaan ini juga akan dapat melahirkan semangat kekitaan yang tinggi dalam kalangan rakyat jelata. Hal ini berlaku apabila rakyat mengunjungi binaan tersebut dan menzahirkan rasa kagum dan semangat bekerjasama bagi melindungi keharmonian negara.
Secara psikologinya, melihatkan bangunan-bangunan yang telah dibina oleh penjajah ini, rakyat akan lebih berusaha dan produktif bagi membangunkan negara dan mengelakkan penjajahan berlaku lagi. Hal ini tidak mustahil apabila rakyat saling berkelakuan sopan dan bertatasuila serta berhemah tinggi dalam usaha mencapai visi ini.
Akhir sekali rakyat akan menjadi lebih tabah dalam menghadapi segala cabaran kerana mereka sedar sikap lemah dan malas berusaha membuatkan pengaruh luar mudah masuk dan mereka mudah dikalahkan.
Secara kesimpulannya, sikap patriotisme di kalangan rakyat dapat dipupuk melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya sama-sama berusaha mengekalkan tinggalan-tinggalan yang tidak terhingga ini.
p/s
Isi-isi penting nanti korang cari n then highlight, kalau x markah x dikira.
Bangunan bersejarah merupakan tinggalan berharga di tanah air kita yang patut dijaga. Dewasa ini, semakin banyak program kesedaran umum mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan ini diadakan.
Usaha berterusan pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan-bangunan ini sebenarnya secara tidak langsung memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Pertamanya, dengan berdiri megahnya bangunan-bangunan bersejarah ini, besar atau kecil, cantik atau hodoh, ia akan memupuk rasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana tanah air kita mempunyai pelbagai tinggalan sejarah yang lain daripada yang lain dan ti dak dimiliki oleh negara lain.
Keadaan ini juga akan dapat melahirkan semangat kekitaan yang tinggi dalam kalangan rakyat jelata. Hal ini berlaku apabila rakyat mengunjungi binaan tersebut dan menzahirkan rasa kagum dan semangat bekerjasama bagi melindungi keharmonian negara.
Secara psikologinya, melihatkan bangunan-bangunan yang telah dibina oleh penjajah ini, rakyat akan lebih berusaha dan produktif bagi membangunkan negara dan mengelakkan penjajahan berlaku lagi. Hal ini tidak mustahil apabila rakyat saling berkelakuan sopan dan bertatasuila serta berhemah tinggi dalam usaha mencapai visi ini.
Akhir sekali rakyat akan menjadi lebih tabah dalam menghadapi segala cabaran kerana mereka sedar sikap lemah dan malas berusaha membuatkan pengaruh luar mudah masuk dan mereka mudah dikalahkan.
Secara kesimpulannya, sikap patriotisme di kalangan rakyat dapat dipupuk melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya sama-sama berusaha mengekalkan tinggalan-tinggalan yang tidak terhingga ini.
Thursday, April 30, 2009
sharing is caring . haha

blog student jordan. komik dan ayat2 dye cam ayat abg wanid. jom bace. klik bawah
♥ bicara centa ♥
melayu bangsat doe
ni pulak isu soal jawab sume masalah² CINTA. cinta bute, cinta tige segi, zina mate, zina haty, yang penting CINTA. jalan penyelesaian pon ade. jadi same2 muhasabah diri.
CENTA <----sila klik sini
"disebabkan setitik nila rosak susu sebelanga"
renung²kan
melayu bangsat doe
ni pulak isu soal jawab sume masalah² CINTA. cinta bute, cinta tige segi, zina mate, zina haty, yang penting CINTA. jalan penyelesaian pon ade. jadi same2 muhasabah diri.
CENTA <----sila klik sini
"disebabkan setitik nila rosak susu sebelanga"
renung²kan
Sunday, March 22, 2009
Selingan..a.ka Hw cuti f3...
| Peribahasa Melayu 1. ada air ada ikan –ada negeri adalah rakyatnya 2. ada hari ada nasi-asal masih hidup pasti peroleh rezeki 3. adat gajah terdorong-orang berkuasa kerap kali salah guna kuasa 4. aku alah engkau tak menang- orang bodoh yang tak mahu mengakui kesalahannya 5. air setitk dilautkan , tanah seketul digunungkan-benda kecil yang dibesar-besarkan 6. air tuba dibalas dengan air susu- kejahatan yang dibalas kebaikan 7. anak badak dihambat-hambat sengaja mencari nahas 8. angguk bukan ,geleng ia – lain di mulut lain di hati 9. anak baik , manantu molek –sangat bahagia 10. anak kambing takkan jadi anak harimau- orang yang pengecut akan tetap pengecut 11. antan patah , lesung hilang- kemalangan yang bertimpa-timpa 12. anjur surut bak bertanam –tipu muslihat dalam pekerjaan 13. ara tak bergetah- suatu perkara yang mustahil 14. asal berinsang ikanlah- tidak memilih 15. ayam pulang ke pautan- sudah pada tempatnya 16. ayam seekor bertambang dua – gadis seorang , dua lelaki yang hendak 17. ayam baru belajar berkokok-baru cukup umur 18. awak kurus daging menimbun-orang miskin yang pura-pura miskin 19. bagai belut digetir-cepat sekali 20. bagai berkain tiga hasta-cepat sekali 21. bagai berseru di padang pasir- seruan yang tak diendahkan 22. bagai balak terendam-orang gemuk yang malas bergerak 23. bagai dakwat dan kertas-tak pernah berpisah 24. bagai berumah di tepi tebing-selalu dalam kerisauan 25. bagai bunyi siamang kenyang- banyak cakap kerana dapat kesenangan 26. bagai kembung kembung-bodoh sombong 27. bagai cembul dapat tutupnya- sesuai benar 28. bagai gelegar buluh-bercakap besar 29. bagai gagak mengonggong telur-perempuan hodoh berpakaian bagus 30. bagai gadis jolong menumbunk-rajin dan bersungguh-sungguh 31. bagai hantu makan dedak- bersungut-sungut tanpa sebab 32. bagai jawi terkurung siang –sangat gelisah kerana tidak bebas 33. bagai kacang direndang-bunyi suara yang tak putus-putus 34. bagai kambing dalam biduk- sangat ketakutan 35. bagai kambing dijunjung-jerit pekik orang yang pengecut 36. bagai kerbau terkejut oleh gong- tercengang kehairanan 37. bagai kerbau runcing tanduk –orang yang terkenal kejahatannya 38. bagai kuau mengigal- kehaebtan rupa seseorang 39. bagai kucing dibawakan lidi-sangat ketakutan 40. bagai kucing kehilangan anak- kehilangan akal 41. bagai kucinglepas senja- sukar dicari 42. bagai lebah menghimpun madu- sangat rajin 43. bagai lepat dan daun- sangat sesuai 44. bagai mencari belalang atas akar- kerja yang sia-sia 45. bagai menambah gelang bini- pemberian yang tak kelihatan 46. bagai melihat asam- ingin sekali 47. bagai melihat ulat-sangat benci 48. bagai membelah betung –pendirian berat sebelah sebelah 49. bagai mengail kucing hanyut- perbuatan sia-sia 50. bagai mendapat cincin ijuk- dapat barang yang tak berguna 51. bagai menggelikan induk ayam-memberanikan orang pengecut 52. bagai meramas biji cempedak- menghadapi orang yang berdolak dalik 53. bagai nangka masak gugur-jatuhnya orang yang gemuk 54. bagai panas mengundang hujan –tertawa dalam kesusahan 55. bagai rupa tokak dibasuh- sangat buruk 56. bagai pelita kehabisan minyak- tidak berseri lagi 57. campak baju nampak kurap- mendedahkan keburukan diri 58. celaka tiga belas-malang sekali 59. cupak tegak yang diisi –aturan yang masih berturut 60. dahan pembaji batang-guna harta benda tuan 61. dapur tak berasap- sangat miskin 62. darah setampuk pinang-belum berpengalaman 63. dalam dua tengah tiga- tidak jujur 64. dapat dihitung dengan jari-sedikit sekali 65. dengan kartu terbuka- berterus terang 66. dicucuk orang hidungnya-menurut saja kata orang 67. direbus tak empuk- sangat sukar dikalahkan 68. ditakik getah di daun-hidup melarat 69. diuji timbang lebih sesaga-perbezaan yang sangat kecil 70. duduk dalam sukatan orang yang kaya 71. dulu timah sekarang besi – orang kecil dapat pangkat tinggi 72. enau mencari sigai-perempuan mencari lelaki 73. geruh menempuh dalam tubuh-nasig buruk yang menimpa diri 74. gigi tanggal , rawan murah- keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi 75. habis kapak diganti beliung- sangat rajin bekerja 76. hangat-hangat tahi ayam- tidak bersungguh-sungguh 77. harta pulang ke tuan- sudah pada tempatnya 78. hati hendak semua jadi- jika berkemahuan, akan dikerjakan sampai dapat 79. hidup di hujung gurun orang- hidup melarat 80. hidup dua muara- hidup dengan 2 pencarian 81. hidup segan mati tak mahu- hidup melarat 82. hilang tak tentu rimbanya-hilang tidak berbekas 83. hujan jatuh ke pasir- buat baik tak kena tempat 84. ikan di hulu tuba di hilir- perbuatan sia-sia 85. ikan digulai sudah melompat-nasib yang malang 86. ikan pulang ke lubuk – telah kembali ke tempat asal 87. itik bertaji- sangat penakut tapi sombong 88. itik mendapat air- memperoleh sesuatu yang digemarinya 89. jadi air mandi- sudah jadi kebiasaan 90. jambatan emas – jalan mencapai bahagia 91. janji samapai, sukatan penuh –sudah sampai ajal 92. jatuh tak berkait- membuat sesuatu yang tak diminta 93. jangan menggerak ular tidur- bahaya jangan dicari 94. jauh panggang dari api-jawapan yang tak tepat 95. jerat serupa jerami-tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan 96. jika baik ada cacatnya- tidak ada yang sempurna di dunia 97. kaduk naik junjung-orang yang hina merasa dirinya mulia 98. kain basah kering di pinggang- sangat miskin 99. kain tersangkut kain tinggal – tergesa-gesa meninggalkan diri 100. kain rabak tegal dek lenggang awak , baju rabik tegal dek lenggok awak , kopiah pesuk tegal dek lonjak awak- orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri Hallo sume pakcik makcik 0711...weyh ni selingan..reyhunt suruh writer lain active...so takde benda nak tulis..buatlah bacer2.. |
Saturday, March 21, 2009
di kelas 3 waja..
Saturday, March 14, 2009
artikel bestt.
Paparan saya, Tafsiran anda...
Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah
oleh Ibnuyaacob
Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.
Benarkah Dajjal Perlukan Wang?
Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …
“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”
Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam
Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal
Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.
Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?
Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.
Benarkah begitu?
Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.
Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.
“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)
“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)
Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.
Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah ….
“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.
Teori Tentang Strategi Dajjal
Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
a.. Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.
b.. Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :
#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.
Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.
Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.
Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah
Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.
Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.
Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.
Pernahkah kita terfikir?
Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.
Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.
Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?
#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungny a.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)
Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”
Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.
Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.
Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanji an konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.
Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.
Kesimpulan
Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.
Wallahu’alam
Renung-renungkanlah ..
Subscribe to:
Posts (Atom)





