Tuesday, February 28, 2012

22nd March 2012

Assalamualaikum. brothers sisters.

After a very silent weeks through February, I wish to write here again. Bukan niat nak touch nerve ke hapa, because life is all about keep going, and the memories will last. Ok done. So takyahlah awokk nangis baca post ni. I will not touch the sad nerve but the scared nerves.

22nd March 2012.
Confirmlah korang tahu whats gonna happen on that date.
RESULT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA.
I guess everyone had their own view, their own target, bayangan tentang 22nd March.
Because  lately I got so much responds about this 22nd March. Ada yang dah start mimpi macam macam.
Horror over-times. Ada yang rasa taknak tidur malam lagi sebab takut mimpi result. =.='' err errr

who might be like this, malam 21st March. err err. maybe me. haishh.

Plan baik kalau result scary , terjun empangan Jus.

So people, do you realize yang perkataan itu doa?
By mean, you said something negative, result tak molek rasa nak bunuh diri je. *contoh, itu akan jadi doa tau.
Kalau tak molek betul betul, alamat masuk beritalah orang bunuh diri sebab result tak berapa nak cantik.
Less than a month  ni, doa je yang kita mampu nak buat.
For me, doa untuk dapat yang terbaik sebab, *i give you a situation.
Contohlah korang mintak nak 11 A plus dalam doa. By mean bukanlah tak boleh nak mengharap, tapi tup tap tup tap tak dapat 11 A plus tuh. Konfem korang rasa macam nak frust semedang. Tak capai target bagai. So, mintak jelah yang terbaik. Sebab, mana tau time korang doa tu memang tengah time Allah makbulkan doa, mesti Allah dah siap siap result yang terbaik unutk korang, kan?
Doa jugak supaya hati tu redha dengan apa yang dapat nanti. BIAR HATI TU REDHA. jangan lupa tu.

Sebab aku sendiri tak pernah duduk dalam situation ambik result SPM.
So aku sendiri tak dapat nak bayangkan apa rasa dia. Ofcourse tak sama macam ambik result PMR , apatah lagi macam UPSR. Because its the matter of future, maruah sendiri, maruah keluarga.So nak cakap lebih lebih pun tak boleh sebab kita tak lagi berada dalam sesuatu situasi tu kan.
Tapi aku sungguh sungguh harap, biar hati ni redha dengan apa yang Allah dah sediakan.
Sebab kita kena selalu keep in mind yang apa yang Allah bagi, itu yang terbaik untuk kita. Because everythings happen with hikmah. Lambat cepat, kita akan dapat jugak hikmah dia.

Sebab Allah dah berfirman dalam love -letter dia. Surah Al Baqarah ayat 216.

Diwajibkan atas kamu berperang , padahal berperang itu adalah sesuatu yang
kamu benci . Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu
, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk
bagimu ; ALLAH mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui .(terjemah surah
Al-baqarah ayat 216)

apa pun yang kita dapat nanti, biar ALLAH satukan hati kita, redha.

Less than a month, I guess kita kena solat hajat sama sama. Pilih satu hari, kumpul 164 dengan warga pendidik sekali, the ex ex senior ke. Solat hajat sama. Satukan doa. Yes, kita tak tahu kan, dalam 100 lebih orang, mesti ada seorang doanya makbul kan?
So I hope, it can be discussed dalam group batch ke, kan?

Besides, nanti 22nd March, I do hope kita ada dresscode . Macam lelaki pakai kemeja ke.Perempuan pakai baju kurung ke.
Nampaklah sopannya.Matangnya. Unite-nya. This is a suggestion and I hope boleh jadi realiti.
Smart je kalau nampak semua handsome handsome, semua cantik cantik.

DOA 
YANG 
TERBAIK. 
BIAR HATI REDHA. 

jom doa sama sama.


Assalamualaikum.

Thursday, February 16, 2012

RINDU.

Tadi aku banyak dapat respon, bila datang blog, rasa sedih.

Okay, I guess we share the same syndrome.
Rindu. Rindu . Rindu.

Ingat tak dulu waktu sekolah? Kemain tak sabar lagi nak end highschool.
Dah takpayah nampak lame pakai baju seragam.
Yang prefect, takpayah lagi seksa sarung suit hari Isnin.*okay, mungkin aku sorang je rasa seksa.
Yang siap siap berangan lepas SPM nak buat apa even sebenarnya baru je awal tahun.

Aku rindu nak pergi kelas english Teacher Azlina. Seronok. Video bagai.Heaven.
Aku rindu nak pergi kelas AddMath lambat sebab tunggu sarapan dewan makan :p
Aku rindu nak makan dulang sama sama.
Aku rindu nak organize Hari Guru. Awesome to see the games. Yang aku rasa sangat seronok.
Aku rindu nak buat macam macam dengan korang.
Aku rindu nak kenakan orang time birthday.
Aku rindu nak tunggu turn dobi pepagi buta .
Aku tak rindu pulak nak berlatih latihan rumah sukan :p lagi lagi merentas desa.

Through out the days, 
Macam macam ye korang buat. Tapi believe me, yang panjat panjat menara bagai, come on guys, chill, bila lagi kan korang boleh panjat tangki segala. You own the experience kan. Nanti dah tua, boleh ah cite kat cucu cicit korang. 

Dulu Opah panjat tangki, power kan Opah? Tengoklah Opah siapa.*muka kerek gilos.Kerek seyh Opah.

Betul tak?
Somehow, bila dah nak end sekolah. rasa sedih tu makin tebal. Perasaan dia macam, taknak sekolah, nak duduk asrama je.
Sebab aku rasa, pengalaman di asrama, di ceriakan oleh budak batch yang gila awesome.
Ialah damn awesome.

Ingat tak video Tidak Tenang?
Haishh. Kalau agak agak dalam 5 tahun lagi, anyone of us post status macam.

Aku nak balik Kelantan.
Aku nak roti bom.
Pondan Pondan pondan pondan pondan.

Korang agak, siapa je faham status tuu? Haruslah korang kannn?

See, now,
dah lepas dah highschool.Tengah nak masuk phase baru hidup.
Korang pun masing masing dah further planning masing masing.

Aku tak tahu motif aku buat post ni.bunyi tergantung. Tapi, tulah, aku menyampaikan kerinduan.

bytheway,
aku seriously tengah tunggu, siapa budak batch yang langkah bendul kahwin dulu.
Haishhh.Haishhh.
Haha manalah tau, aku ke. *haha ini berangan.

Wednesday, February 15, 2012

Keep moving on brothers, sisters.

Assalamualaikum. Tadi tengok Dashboard, rasa sedih biarkan blog batch bersawang sawang.
So a little notes should be written here.


ps : If I sounds poyo, sorry. But I really mean it. :')


So brothers sisters, It has been 2 or 3 months for us, non-uniform user.
Tinggalkan Selandar yang harmonis. So I really hope to see you guys dalam keadaan yang terbaik, where ever you are. Kat Tronoh sana. Kat Johor.Kat Selangor.Kat Kedah. Kat Perak sana. dan Yang di Melaka, tak ketinggalan juga Negeri Sembilan. Oupss, the ketua taiko. *eh, tak tak, tak taiko pun. The leader batch yang jauh di mata, tapi dekat di hati, Terengganu. But believe me , anywhere , anytime, kita tetap pernah pegang tittle Machinants. Dan it last forever I guess.


So guys, masing masing dah ada route sendiri.
Ke arah pembentukan masa depan masing masing.
Ada yang dah mengorak langkah, dan ada jugak yang masih samar samar nak pilih course apa.
Yes I am very sure, masih ramai yang tak hantar application UPU. Nevermind, tak your time, istikharah, mintak yang terbaik.See the job market jugak tau :D
Ada jugak yang sedang berlatih latih mencari nafkah. Kira macam Mock Nafkah Seeker. *haha vocab aku suck sejak sejak dah tak masuk kelas english.
Very big big goodluck for anyone yang bekerja. Enjoy yourself. Appreciate the experiences.
Dan ramai jugak yang tengah menikmati masa masa indah di rumah, membesarkan perut, bergoyang kaki.
Tak kisahlah, apa pun, be happy brothers sisters.


Debaran result makin terasa. Mungkin ada debaran yang bertukar menjadi mimpi.
Kita dah berusaha yang terbaik jadi kita tinggal doa, berserah.
Ive been thinking, what if, the result tak seperti yang kita idamkan. Sejarah yang lama berulang. *nauzubillah mintak jauh.
Keep cool. Apa yang Allah bagi nanti, dia bagi yang terbaik untuk kita, everything comes with hikmah.
So, jom doa. Kita kena selalu satukan doa. By mean, solat hajat sama sama. Even kita tak lagi kumpul sama sama dalam satu surau. Surau comel Selandar. *okay, comel sangat. Tapi kan,


Doa itu wireless. Dan coverage dia masuk satu universe

:D
okay, I knew ramai dah budak batch yang berkecimpung dalam dunia penulisan.
Jadi bloggers sekalian, anyone, would like to have a write here, please promote diri sendiri pada admin :)
Makanya, akan aktif semula la blog ni kan.


Let it be a place where we share the stories. The experiences. Any promotion nak jual tudung ke? Jual cupcakes ke, kan?
I hope jugak.later on, bila kita dah bergelar mahasiswa, lets share stories. Ideas. So, later on jugak.I hope kita boleh ada data which course that you further dan di mana. So senang kita nak keep in touch.


If I am not wrong, akaun batch jugak masih berfungsi *correct me if I am wrong. 
Later in five to six years some more, kita mesti dah ada kerja masing masing, so I do hope kita sumbang sikit sikit pada akaun.
Nanti senang nak buat reunion kan?


So brothers sisters,
Jaga diri. Jaga diri .Jaga diri.
In all aspect. Agama tak tinggal. Apa yang kita baru lalui cuma a small part of the world. Banyak lagi yang kita tak belajar.
Jadi learn it wisely. Jangan jauh dari tali Allah. Again, jaga diri baik baik.


Moga kerinduan yang Allah wujudkan antara kita buat Van Der Wall kita jadi lebih kuat. Lebih tabah.


keep moving on.:')


 


verily with every hardship, there is relief. insyaAllah.

Assalamualaikum.


Sunday, December 18, 2011

2011- VAR FARVEL

Assalamualaikum,


Guys and girls,


On 16th Dec 2011, we safely conducted a farewell dinner at Holiday Inn ,Melaka. Token of appreciation to Machinants for the great commitment and full of support from the beginning until the end.


To conclude, everything run smoothly and Alhamdulillah for the great Var Farvel Dinner.
Everyone was great with their attire , and I am very very sure that everyone was enjoying themselves there . Aite ? 


Somehow, some part of us cannot attend the dinner for a few reasons included our President, Asraf Afiffiq. Naa , no matter what we are still bonded in a great ukhwah rite ?


Some pictures to share with ,


VAR FARVEL

SPECIAL DEDICATION

PREPARATION:P

VAR FARVEL 

SESSION

FOREVER :P




Guys and Girls ,
no matter what.


Let the ukhwah relationship tight us tightly.
InsyaAllah,
Fate will meet us together back.




Take care .
Have a great life, friends.
Pray for the best for our success.
Spm. Life. Overseas. Universities. Partner a.k.a Jodoh :P . Career.




This too,
MEMORI TERCIPTA. :P


Love you all :P

Tuesday, May 31, 2011

Sambutan Hari Guru SBP Integrasi Selandar 2011

TEMA : ARABIC :)



Director/Cameraman : 
Fahmi Omar

Storyboard by :
Najwa Azmi
Aqila Mashkuri
Natasha Sa'in
Shukri Awang
Nurin Nadzlah
Iqbal Sabirin
Ain Shuhadah
Asraf Afifiq
Fahmi Omar

Actors : 
Saufi Sapon - Cikgu Man Tompel
Hafuza Harith - Cikgu Meon
Rafiq Rifa'i - Meon (kecil)
Azri Abd Rahim - pelajar semenanjung/Sarawak (bonbon)
Aiman Marzuki - pelajar semenanjung/Sarawak 
Latif Omran - pelajar semenanjung/Sarawak
Alif Leman AKA Balya - pelajar semenanjung/Sarawak
Abdul Haq - pelajar semenanjung/Sarawak
Fikri Zainuddin AKA Majid - pelajar semenanjung/Sarawak
Rasyadi Zaki AKA Ceplos - pelajar semenanjung/Sarawak
Nisa - Badariah
Athirah - Khadijah
Faezatul - pelajar Sarawak
Zaiariff Zainurin (extra) - jiran :)

overall, this year's teachers' day was the best we've ever had *macam kami yang pula yang dirai* walaupun masih dalam suasana exam, tapi kami tak lupa buat preparation untuk hari guru dalam masa yang teramatlah singkat. segala keluh kesah, penat lelah, terbayar apabila terpancar sinar kegembiraan dari guru-guru. they seemed to be enjoying sangat sangat sepanjang program berlangsung. banyak persembahan. Cikgu Ramli menyanyi, pengetua menyanyi, Cikgu Shahrul berzapin, banyak lagi.

here's one video of the students' show :)

this hari guru would be the last hari guru for us. alhamdulillah. 

*sekarang semua sedang menunggu results mid year dengan penuh ketenangan. homeworks jangan lupa ya! ;)

Friday, April 15, 2011

DEUS EX MACHINA

 *An unexpected power or event saving a seemingly hopeless situation*
pronounciation : di us ex me ki na

this is one of the most brilliant suggestions of the batch name.*hazwan,fahmi and aqmal's* 
korang jomlah!aku sokong nama ni. korang ?!

Friday, March 11, 2011

hockey , basket :DD




gamba basket (some other players are not in the picture)
oh yeahh , please abaikan the sign that Afif is holding


alhamdulillah .
hockey team (L) under 18 and basketball (L) under 18 kite berjaya masuk kebangsaan .
batch kite patut bangge , sebab most of the players budak batch kite jugak kan
to the players , congratulations . 
korang bawak nama sekolah , focus
but still , balance kan dengan study okay .
kebangsaan April and May , dah makin hampir dengan trial .
jangan asyik sangat .

we have to unite tau !
jangan kerana benda kecil , kita perang sesama kita .
we are brothers and sisters , come one 0711 !!
all the best to each and every one of us :))

-nurin :)

Tuesday, December 28, 2010

sayang sekolah tak ?

salam . hello kawan kawan . school's gonna start in a week . less than a week actually . and this would be my last time saying those words . our last time . kali terakhir untuk kita cakap frasa , KEMBALI KE SEKOLAH . and that is why aku rasa , eloklah kalau kita semua ambil feel sekolah semula . hehe . kawan kawan , kalau orang kutuk kutuk hak korang , barang korang , family korang , aweks aweks korang ke , korang marah tak ? kalau aku , haruslah terbakar rasanya . kawan kawan , sedar tak , sbpi selandar tu sekolah kita . hak kita . aku cukup lah bengang kalau ada orang cuba buruk kan sekolah kita . tapi kadang kadang aku rasa kita ada sedikit silap jugak . tahu apa ? KITA SENDIRI BURUKKAN SEKOLAH SENDIRI . kita bukak pekung kat dada . kita cakap kat orang  sekolah kita buruk . orang lain pulak bukan tahu pasal sekolah kita , terus bawak cerita sampai ke mana mana entah . lepas tu kita cakap orang burukkan sekolah kita pulak , padahal bendanya datang dari kita . aku tahu , ramai antara kita ada je rasa tak puas hati dengan sekolah tu haa , tapi next time aku rasa , jangan sampai hal tu orang luar pun tahu laa . kalau ada problem , jumpa dengan ketua ketua kita ke . luahkan kat diorang or something . kalau tak nak pun , simpan lah elok elok . cerita kat Allah , he's listening for sure . 24/7 . SPM bukan main main ye . hmm , pernah tak korang terfikir untuk actually nama sekolah kita duduknya satu level dengan sekolah sekolah top yang lain ? aku tak nak lah sebut nama sekolah apa , tapi kita semua tahu kot kan ? aku tahu , SPM ni kira dah perang kita bersendirian . tapi victory is much sweeter when it is shared . kalau ramai ramai naik , lagi best kan ? at least , we can prove all that bad talks about us wrong . cakap memang senang . that is why , aku mintak untuk semua ahli sbpis' batch 0711 untuk sama sama saling bantu membantu dalam hal akademik . hal lain aku takmau campur , tapi be professional jom . personal stuff letak tepi sekejap . please . please . please . kawan kawan . jom !